Wednesday, November 19, 2008

Hai la KWSP.....

Hari ni aku terpanggil nk cerita pasal duit yg kita simpan kat KWSP utk hari tua nanti... Ramai diantara kita yg dh merancang bila sampai masa duit tu nanti nk dibuat apa kn? Ada yg nk guna utk beli aset(tanah,rumah dll),ada yg duk merancang nk buka perniagaan sendiri dll lagi la. Mesti ramai diantara kita yg x tau kan pasal KWSP bg duit kat ValueCap Sdn Bhd... Ya betul... KWSP bg duit kita kat ValueCap Sdn Bhd.. Mesti ada yg tertanya-tanya ValueCap Sdn Bhd tu menatang apa kan... ValueCap tu bukanlah sepisis binatang, siput tonyok, ataupun seangkatan dgnnya, ValueCap Sdn Bhd sebenarnya sykt pengurusan dana milik kerajaan.. Itu la dia yg sbnrnya.. Isu ni dh agak lama,(aku dngr dlm bln lps, oktober). Baru skrng aku tergerak hati nk ckp psl ni.. Aku pun dulu x tau,sama jugak macam korang.. Mls nk ambik tahu pun ye jugak.. Tp bila aku diamkn je terasa benda tu terbuku dihati.. Kenapa.. Kenapa begitu mudah KWSP bleh bg duit rakyat ke company tu? Memang la duit aku x bnyk mana pun kat KWSP tu, tp bkn duit aku je yg ada kat situ... Duit orang ramai... Kalu dikumpul2kn jumlahnya cukup bnyk...(Bg aku la,korang aku x tau la)..

KWSP pada awalnya
menafikan keterlibatan pihak KWSP terhadap urusan Valuecap Sdn Bhd dalam satu kenyataan yg dibuat oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Dr Roslan A Ghaffar..

Kemudian, Najib Tun Razak, selaku Menteri Kewangan 1 menyatakan Valuecap Sdn Bhd, syarikat pengurus dana milik kerajaan, hanya meminjam RM 5 bilion dari KWSP, yakni duit simpanan hari tua kita semua.

Najib kata, dia Valuecap ingin menggunakan duit pinjaman tersebut untuk membeli saham-saham yang dibawah nilai (undervalue).

Valuecap telah ditubuhkan sejak 5 tahun lepas untuk tujuan itu.

Manakala, Timbalan Menteri Kewangan 2, Nor Mohamaed Yackop menyebut, KWSP akan membuat untung dari pinjaman tersebut. Menurutnya lagi, “Valuecap has done well.”

Valuecap Sdn Bhd juga melalui anak syarikatnya, i-VCAP Management Sdn Bhd telah menguruskan Exchange Traded Fund yang berlandaskan Syariah yang pertama di Asia, iaitu My ETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (My ETF-DJIM25) yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada Januari 2008.

Apa ulasan korang? Nabil jugak yg kena jwb.... "Lu pikir la sendiri.."

Ni ulasan dr blog org lain yg aku cilok supaya kita sama2 bleh pikir2kn..

1. Kerajaan perlu menunjukkan ketelusan sekiranya mereka ingin menggunakan duit KWSP.

2. Adakah kerajaan benar-benar ingin membeli undervalued stocks (investing) atau ingin menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu (bailout) atau bertujuan untuk menyerap tekanan jualan (buying support) yang sedang berlaku di Bursa Malaysia?

3. Sekiranya Valuecap Sdn Bhd “has done well”, menurut Menteri Kewangan 2, kenapa Valuecap Sdn Bhd perlu meminjam lagi, lebih-lebih lagi dari duit KWSP? Di manakah untung yang telah dijana sejak 5 tahun lepas?

4. Malah, dalam zaman internet ini pun, saya tidak jumpa website Valuecap Sdn Bhd untuk melihat latar belakang pengurusan, pencapaian dana yang diurus oleh syarikat tersebut.

5. Warren Buffett adalah antara pelabur yang berjaya menggunakan teknik value investing yang membeli saham-saham di bawah nilai. Namun, pembelian yang dibuat Warren Buffett adalah berterusan baik ketika pasaran saham keseluruhannya sedang menaik atau menurun. Asalkan harga sesuatu kaunter saham itu menepati kehendaknya, walaupun indeks secara keseluruhannya menaik, dan tidak semestinya pada waktu indeks secara keseluruhannya menurun. Buffett tetap membeli saham syarikat tersebut. Baru-baru ini juga, Buffett telah membeli sejumlah saham Goldman sachs bernilai USD 5 bilion.

6. Prestasi dana yang diurus oleh Warren Buffett diumumkan kepada semua. Malah semua pemegang saham Berkshire Hathaway mendapat surat dari Warren Buffett setiap tahun untuk membolehkan dia melaporkan secara terus prestasi Berkshire Hathaway. Saya dan anda yang tidak membeli satu unit saham Berkshire Hathaway pun boleh membacanya secara percuma di website ini.

7. Tetapi ini tidak berlaku kepada Valuecap yang ditubuhkan menggunakan dana awam, dan kini ingin meminjam lagi dana awam.

8. Barangkali Valuecap boleh berselindung disebalik undang-undang yang menyatakan syarikat Sdn Bhd tidak perlu menyatakan kepada umum tentang perihal kewangannya, tetapi secara moralnya, kalau sudah menggunakan dana awam, pihak pengurusan perlulah lebih amanah dan telus.

9. Petronas yang juga hanya bertanggungjawab kepada kerajaan itu pun boleh menerbitkan laporan kewangannya untuk dibaca oleh orang ramai, kenapa Valuecap tidak boleh mencontohi sikap baik pengurusan Petronas ini?

10. Tindakan meminjam duit anda di KWSP juga mengelirukan kerana apa yang berlaku hari ini, adalah berpunca dari krisis sub prima, iaitu apabila hutang yang tidak diuruskan dengan baik.

11. Apabila semua institusi kewangan seluruh dunia telah lebih berhati-hati ingin memberikan pinjaman kepada syarikat pada masa ini, tiba-tiba KWSP bermurah hati untuk memberi pinjaman kepada Valuecap. Bukan RM 50,000 , bukan RM 500,000 dan bukan juga RM 5 juta, tetapi RM 5 bilion.

12. Apakah collateral yang digunakan oleh Valuecap sehingga KWSP sanggup memberikan pinjaman sebesar RM 5 bilion?

13. Adakah KWSP hanya memberikan pinjaman dengan konsep qardhul-hassan?

14. Apa akan jadi sekiranya pelaburan Valuecap rugi dan tidak lagi mampu membayar hutang kepada KWSP? Siapa mahu membayar duit hutang KWSP yang bernilai RM 5 bilion itu? Adakah peserta KWSP akhirnya yang akan menanggung kerugian sepenuhnya seperti mana pencarum dana pencen di US dan Eropah yang kerugian besar akibat krisis sub prima?

15. Kita semua, selaku pencarum KWSP perlu mendesak pihak KWSP agar lebih berhati-hati supaya tidak memberikan pinjaman sebesar RM 5 bilion dengan begitu mudah.

16. Dan sekiranya kerajaan benar-benar telus, mereka perlulah memberitahu kepada umum senarai syarikat undervalued yang ingin dibeli dengan duit KWSP supaya semua pencarum boleh menilai sendiri sama ada syarikat tersebut benar-benar layak dibeli dengan menggunakan konsep value investing.

17. Apabila transaksi jual beli ini berlangsung, institusi kewangan yang mana pulakah akan mendapat keuntungan hasil komisyen? Adakah banyak yang akan masuk terus ke poket CIMB Group yang diketuai oleh adik Najib, Nazir?

18. Adakah rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi yang digambarkan dalam peribahasa Melayu, “Keluar dari mulut Khairy buaya, masuk ke mulut Nazir naga?

Baca: Anwar kata ia tidak bertanggungjawab






No comments:

Post a Comment