Friday, November 14, 2008

berapa yg korang akan dapat kalu simpan rm250 sebulan dlm asb?

Adakah korang rasa menyimpan RM 250 sebulan itu satu jumlah yang besar?

Kalau jawapan korang “Ya, ia jumlah yang besar,” dan pada masa yang sama korang tiada masalah untuk memperuntukkan RM 500 sebulan untuk membayar installment kereta, maka korang sedang mencipta sel-sel barah kewangan korang sendiri.

Korang perlu berubah sekarang dan mula menyimpan.

Jika korang menyimpan RM 250 sebulan di bawah bantal, selama 5 tahun, korang akan dapat mengumpul RM 15,000

Jika korang menyimpan RM 250 sebulan dalam akaun simpanan biasa, selama 5 tahun, korang mungkin dapat mengumpul sekitar RM 15,100. Mungkin. Itu pun kalau bank baik hati untuk beri pulangan sekitar 0.25% kepada korang.

Consumer Price Index di Malaysia untuk bulan jun sahaja sudah mencecah 7.7%. Untuk makluman, itu adalah angka rasmi yang dikeluarkan. Angka tidak rasmi? Kalau dulu makan tengah hari hanya RM 4 dan kini jadi RM 5? Itu sahaja sudah kenaikan 25%!

Maksudnya, siapa yang simpan duit bawah bantal dan di akaun simpanan biasa dia tidak mampu lagi survive dalam kehidupan hari ini. Kalau keadaan ini berterusan, menyimpan di ASB pun sudah cukup susah untuk korang survive di masa hadapan.

Walaupun begitu, untuk tujuan simpanan, ASB tetap satu produk kewangan yang mesti digunakan sebagai asas kewangan korang semua.

Sekiranya korang menyimpan RM 250 sebulan di dalam ASB, dengan menganggarkan purata pulangan ASB adalah 8% setahun, tahu tak berapa jumlah simpanan yang korang akan dapat selepas 5 tahun?

Sila ambil kertas, kalkulator dan kira …

Barangkali kebanyakan akan mendapat jawapan RM 16,200

Tetapi tahukah korang, jawapan sebenarnya adalah RM 19,007.79

Ada perbezaan pengiraan pulangan hasil dari simpanan di ASB mesti dikira melalui pengiraan compounding interest dan bukannya pengiraan simple interest.

Ya, korang hanya menggunakan duit sebanyak RM 15,000 dan korang mendapat tambahan RM 4,007,79 selepas 5 tahun.

Dan kalau korang menyimpan hanya RM 250, di ASB selama 10 tahun berapa pula korang dapat?

RM 38,015? atau cuma RM 32, 400?

Tidak. Jawapannya selepas ini...Haaa haaa haaaa... Korang sebenarnya akan mempunyai simpanan hampir RM 47 ribu.

Wow. Selama korang bekerja dalam masa 10 tahun ini, korang sudah dapat kumpul RM 47 ribu dalam simpanan? Atau selama korang sudah bekerja selama 3 tahun, adakah korang sudah kumpul kira-kira 25% dari RM 47 ribu itu tadi?

Bak kata Nabil...Lu pikir la sendiri....

Itulah kuasa compounding interest. Bagaimana korang boleh menjadikan duit bekerja untuk korang, seterusnya menjadikan duit sebagai hamba kepada korang.

Menarik?

Jadi mulakan la langkah pertama hari ini juga....

No comments:

Post a Comment