Thursday, February 26, 2009

Wednesday, February 25, 2009

Di mana letaknya kebahagiaan?

seorang kawan aku, bg kat aku ungkapan kata2 ni... sama2 la renungkn..

"Dalam dunia ni,
yang paling susah nk dicari ialah bahagia.
Semua org cari bahagia,
tp x semua org jumpa.
Mereka yg dh jumpa, belum tentu boleh dapat bahagia".

sama2 la pk, apa yg tersirat dan tersurat..

Tuesday, February 24, 2009

lima perkara


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل :- wajah yang cantik


2-فلوس بالملاي :- duit yang banyak


3-صحة قوية :- kesihatan yang baik


اولاد شاطرين وفالحين مثلنا -4 :- anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita


5 نوم عميق من دون مهدئات و أدوية :- tidur yang nyenyak tanpa ganguan



سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 25 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟


senang jer untuk mendapatkannya hanya 25minit setiap hari.



قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :


kata nabi saw


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه


siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya


dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في


dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang
tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة


dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak


بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية


sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

apa tindakan kita?

aku sbnrnya hairan dgn sikap sesetengah rakyat malaysia yg berugama islam terutamanya. bila sambut hari raya(aidil fitri ke aidil adha ke) kat tv duk tunjuk artis tepekit telalak berkonsert, menyanyi sbb gembira hari raya la konon.. bila merdeka pun mcm tu, tahun baru x pyh nk ckp la. aku bkn la anti dgn semua tu, cuma aku rasa ada yg xkena dgn cara mcm tu.. dh xde cara lain sngt ke? mesti buat konsert ke nk sambut merdeka contohnya? tepekit telalak menyanyi lagu yg nth hapa2 nth yg lngsng xde penghayatan dan jugak pengisiian kemerdekaan.. lg mcm org yg x merdeka ada la, tp duk jerit melaungkn "merdeka!!...merdeka!!".. memalukan betul tngok anak melayu mcm tu.. tp nk buat mcm mana lagi dh itu yg dia pilih.. dia sendiri yg membenarkn diri dia dijajah...

aku dh melalut nth kemana nth, aku bkn nk ckp psl benda2 tu tp nk ckp psl palestin. ya betul... palestin. baru2 ni aku ada la tertengok kat tv ada la artis yg baca puisi utk "palestin".. sampaikn setiap kali sebelum berita kul 8 disiarkn ada la tersisip 1 puisi yg dibaca oleh artis mana nth..(mcm kenal je tp buat2 x kenal dh laaa.) sbb aku menyampah. mmg aku menyampah sngt2.. palestin tu diceroboh, dibom, dibunuh dan pelbagai jenis di lagi laa korang kat sini terpekit terlalak berpuisi la menyanyi la utk org tu... bg semangat la konon.. kepala hotak korang.. bodoh.. bangang... kelabu asap.. tonyok dlm hutan tu pun x bodoh mcm korang tau x... aku mmg benci tahap mega terhadap golongan2 mcm ni, mengambil kesempatan keatas org lain.. mcm la xde cara lain yg engkau boleh buat atas alasan nk tolong "palestin" la konon. tp sbnrnya ada agenda engkau tersendiri... bila aku sendiri tengok, xde apa2 penghayatan pun yg aku dpt, lg menyampah ada la.. xde pun meniggalkn kesan positif.

itu la yg aku kata awal2 tadi, kebanyakan org malaysia skrng ni perangai mmg pelek.. cukup menghairankn.. sambut raya buat konsert, sambut kemerdekaan pun duk terpekit telalak berkonsert.. tu ok lagi, yg paling best sekali sampaikn peperangan di palestin pun boleh buat konsert lagi.... nauzubillah...

p/s.. kepada sesiapa yg menyimpan hasrat nk jadi penyanyi tu, aku sarankn baik jgn la.. bnyk kerja lain lagi yg korang boleh buat.. yg lebih baik.. jgn pk seronok dgn glamor je, pk la mati ada syurga dgn neraka... korang nk ke terpekit telalak dlm neraka tu nanti sbb jd penyanyi didunia ni? lu pikir la seniri... aku dh ckp dh..

permisi dulu..

Tuesday, February 17, 2009

Blues sekejap

aku rasa semua orang ada hobi.. ada ke orang yg xde hobi? seumur hidup aku, aku xde la pernah jumpa lagi orang yg xde hobi.. paling tidak de yg jdkn tido sebagai hobi. tp bila pk2 balik ade ke patut jdkn tido sebagai hobi? patut ke? pd aku la, mcm x patut je.. ada la alasan aku tersendiri kenapa aku ckp x patut jdkn tido sebagai hobi korang.. mls nk cerita kat sini skrng sbb nanti dh melalut nth kemana pulak.

ok, aku nk ckp psl 1 hobi aku suatu masa dulu.. hobi yg selalu mengambil tmpt bila aku ada kelapangan dan jugak bila suasana "blues" dtg melanda. korang sebut betul2 bukan "layan blue" tp "layan blues",ok.. korang tau ke "layan blues" tu apa? "layan blues" bukan la layan music blues ke apa ke... tapi 1 suasana dimana kita akan melayan perasaan, xkira la perasaan bosan ke, benci ke, marah ke, syahdu ke.. apa2 je la asalkn ade kena mengena dgn perasaan.. tu la maksud "layan blues". korang paham ke x? kalu xphm buat2 paham sudah la.

aku sebenarnya suka melukis bila perasaan "blues" tu melanda.. tp skrng ni aku dh x melukis dh, nth la kenapa.. mood melukis dh xde kot, xpun mungkin sbb "kepala otak" sentimental tu dh diganti dgn "kepala otak" hard rock kot.. agak2nya la. bnyk jugak yg aku dh lukis walaupun aku ni sememangnya xpandai melukis. tp skrng cuma tinggal beberapa keping je lukisan yg masih aku simpan.. selebihnya aku bg kat kwn2 yg beminat.


Ni la antara koleksi yg masih aku simpan. nth la knapa aku lebih berminat lukis potret "kaum hawa". mungkin sbb aku ni "kaum adam" kot.. jd normal la kalu "adam" tertarik dgn "hawa". memang indah betul ciptaan YANG MAHA ESA.. sbnrnya bila aku nk melukis, aku kena tunggu perasaan aku sampai jd "bergelora" dulu.. time tu semangat berkobar2, mmg best betul "layan blues" time tu. cepat je lukisan tu siap 2-3 hari je dh siap. tapi skrng aku hairan la kenapa aku dh x beminat nk melukis dh, sampai skrng ada 1 lukisan yg masih x siap2 lagi.. dh hampir 5-6 tahun lukisan tu terbengkalai.. tapi xpe, AIMAN xkesah..... (apa kena mengena lak iklan AIMAN xkesah dgn aku ni..) nth hape2 nth.. caw cin caw..

Monday, February 16, 2009

Pantun Aurat Wanita Zaman Moden

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat