Thursday, April 2, 2009

Isteri Pertama

Selalunya apabila kanak-kanak kampung itu bermain kahwin-kahwin, Sazalilah yang menjadi Tok Kadi. Hampir semua budak-budak kampung itu pernah dikahwinkannya.

“Kamu sudah bersedia hendak berkahwin?” tanya Sazali kepada Zaini, yang baru berusia tujuh tahun.

“Sudah, Tok Kadi,” jawab Zaini sambil tersenyum lebar menampakkan gigi susunya yang tidak cukup dua batang, gara-gara terjatuh dari pokok rambutan.

“Siapa pengantin perempuan?” tanya Sazali lagi sambil matanya ligat memandang semua 'tetamu' yang hadir pada majlis 'pernikahan' itu.

“Ituu!!” Zaini memuncungkan bibirnya ke arah Rosnah yang selalu berseluar panjang dengan rambutnya paras bahu, yang dari tadi asyik bermain-main dengan rambut Sanisah yang panjangnya hingga ke pinggang.

“Saya tidak mahu! Saya tidak mahu kahwin dengan dia, Tok Kadi,” Rosnah merengek-rengek kepada Sazali sambil menarik baju Sazali dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sazali menolak tangan Rosnah dan injak jauh sikit darinya.

“Kalau kahwin dengan Khairul, saya mahulah,” Rosnah menuding jari sambil menjeling kepada Khairul dan segera merapati Khairul dengan harapan Khairul juga bersetuju berkahwin dengannya.

“Saya tidak mahu kahwin dengan Rosnah, saya mahu kahwin dengan Sarina,” kata Khairul sambil mencebik dan memusingkan kepalanya mencari Sarina yang sedang berpaut pada bahu Sanisah.

“Sekiranya awak mahukan saya, awak mesti belikan saya kereta, saya hendak rumah saya...” Sarina memberi syarat kepada Khairul.

Sarina pernah mendengar makcik-makcik di kampung itu bersembang mengatakan yang mereka hanya akan mengahwinkan anak-anak gadis mereka dengan orang yang mampu memberi kesenangan kepada anak-anak mereka. Apabila dapat menantu kaya, semua penduduk kampung akan pandang mereka tinggi.

“Baiklah, nanti saya ambil duit ayah saya dan belikan kamu rumah, kereta dan apa saja yang kamu mahu, janji saya dapat kamu!” ujar Khairul memintas percakapan Sarina sambil meninggikan kolar bajunya.

“Kami mahu kereta yang besar dan cantik,” kata Sarina lagi seperti tidak yakin dengan Khairul yang bersetuju dengan syaratnya tadi.

“Alah, ayah saya banyak duit,” Khairul meninggi diri.

Kebetulan Khairul pernah melihat ayahnya mengira-ngira hasil jualan pisang yang tidak seberapa. Namun, pada tanggapan Khairul beberapa keping duit kertas berwarna merah yang dikira ayahnya amat banyak.

“Sudah, sudah, sudah jangan mengada-ngada!” bentak Sazali. Dia mengerutkan dahi sambil mencampakkan batu kelikir kecil yang digenggamnya.

Bosan Sazali melihat sandiwara antara Khairul dan Sarina kerana Sazali juga ada hati dengan Sarina tetapi Sazali tidak berani mengajak Sarina berkahwin. Siapa pula yang akan menikahkan dirinya?

Semua terdiam dan keadaan tiba-tiba menjadi sunyi.

“Habis siapa mahu kahwin dengan siapa?” tanya Sazali memecah kesunyian sambil menolak Khairul supaya menjauhi Sarina.

Lantas Sazali berdiri di antara Sarina dan Khairul.

“Saya dengan Sanisah,” cadang Zain sambil dia mendapatkan Sanisah dan menarik tangan Sanisah untuk berdiri di sebelahnya.

“Saya tak hendak kahwin dengan kamulah! Lepaskan tangan saya!” herdik Sanisah sambil meronta-ronta minta tangannya dilepaskan.

“Alah, kita main-main sahaja,” pujuk Rosnah tersenyum menampakkan lesung pipitnya sambil mengusap rambut Sanisah.

“Dengar sini semua,” kata Sazali untuk meraih perhatian dari atas busut.

Semua mata tertumpu ke arahku, menanti pengumuman penting yang akan kubuat.

“Kamu Sanisah akan jadi pengantin perempuan,” kata Sazali sambil menuding ke arah Sanisah.

Semua para 'hadirin' bersorak meraikan pengantin perempuan. Kedengaran juga lagu “Bunga Rampai' dilaungkan.

“Tetapi olok-olok sahaja, ya Tok Kadi?” Sanisah mengemukakan syarat kepada Sazali, sambil matanya menjeling Zaini. Meluat dia melihat Zaini yang rompong dan berhingus.

“Kalau betul-betul pun apa salahnya?” celah Suhaili yang dari tadi diam sahaja, asyik memerhatikan gelagat rakan-rakannya yang asyik memilih pasangan. Dia memandang Zaini yang tidak henti-henti tersengih kerana suka hendak berkahwin dengan Sanisah.

Sazali terdengar ketawa-ketawa kecil dari arah Khairul, Sarina, Rosnah dan Hamidon.

“Mengikut adat kampung ini, saya yang akan menetapkan siapa berkahwin dengan siapa, faham?” Sazali berlagak seperti Tok Ketua pula.

“Pada hari ini Zaini akan berkahwin dengan Sanisah,” arah Sazali.

“Kahwin olok-olok sahaja, ya Tok Kadi!” Sanisah ingin mendapatkan kepastian lagi.

Sazali mengangguk untuk meyakinkan Sanisah.

“Kaum perempuan duduk hujung sana, dan pengantin perempuan duduk tempat khas. Kamu pengantin lelaki, duduk sini,” arah Sazali kepada mereka sambil memastikan semua mengambil tempat masing-masing.

“Mana ibu bapa pengantin perempuan?” tanya Sazali tercari-cari siapa yang layak memegang peranan ibu bapa pengantin perempuan.

“Pengantin perempuan anak yatim piatu,” celah Hamidon, sekaligus mereka semua ketawa terbahak-bahak.

“Saya tidak mahu kahwinlah kalau macam ini. Emak saya ada di rumah, tahu? Ayah saya ada di kebun,” Sanisah merajuk memuncungkan mulutnya.

“Macam mulut itik,” bisik hati Sazali lalu terukir senyuman mengejek.

“Kami pun tak mahu kahwinlah kalau macam ini,” sampuk Sarina, menyebelahi Sanisah, walaupun tadi kulihat Sarina pun ketawa menyeringai.

“Kamu ini, kami baru melawak sedikit, sudah hendak merajuk, macam budak perempuan!” celah Khairul kepada Sanisah.

Mereka ketawa lagi.

“Engkau pun satu! Sanisah memang budak perempuan,” kata Sazali seolah-olah menyebelahi Sanisah pula. Kini giliran Kahirul pula ditertawakan.

“Sudah, sudah. Mari kita mulakan sekarang acara kahwin-kahwin,” Sazali cuba mengawal keadaan.

“Mana wali pengantin lelaki?” tanya Sazali kepada pengantin lelaki.

“Saya jadi ayahnya,” kata Hamidon memberi persetujuan.

“Mana wali pengantin perempuan?” tanya Sazali lagi.

“Saya,” kata Azam, mengangkat tangan.

“Siapa jadi saksi?” Sazali meneruskan pertanyaannya.

“Saya dan Rahim,” ujar Suhairi sambil menepuk-nepuk bahu Rahim.

“Pengantin lelaki duduk depan saya,” arah Sazali kepada Zaini.

“Baik, Tok Kadi,” Zaini menuruti, menundukkan bandannya untuk ke tempat duduk khasnya di hadapan Sazali.

“Tok Kadi tak pakai songkok, mana boleh kahwinkan Zaini! Kan? Kan?” kata Azam yang muda setahun daripada Sazali, meminta persetujuan dari rakan-rakan yang lain.

“Alah, kita main kahwin-kahwin sahaja” celah Sazali mempertahankan kedudukannya sebagai Tok Kadi.

“Minta kad pengenalan?” lagak Sazali seperti kadi yang pernah menikahkan anak jirannya. Tidak tahu pula Sazali apa gunanya kad pengenalan itu. Hendak dikatakan sebagai barang hantaran, tidak pula, sebab dilihatnya pengantin lelaki menyimpan semula kad pengenalannya.

“Kad pengenalan tak ada,” jawab Zaini jujur.

“Kamu hendak kahwin macam mana? Kad penganalan pun kamu tidak ada,” Sazali lihat Zaini sudah mula cuak dan keadaan pula mula menjadi hingar-bingar. Geli hati Sazali melihat Zaini.

“Tetapi disebabkan kamu orang kampung kita, saya akan kahwinkan kamu juga,” Sazali cuba mententeramkan keadaan dan dilihatnya Zaini kembali tenang.

“Kamu sudah sunat?” tanya Sazali selepas keadaan kembali normal.

“Emak saya kata, nanti apabila umur saya sudah 8 tahun baru saya boleh sunat,” Zaini kembali yakin menjawab soalan-soalan Sazali.

“Cuba kamu mengucap.” Inilah soalan yang pernah ditanya oleh kadi semasa Sazali ikut ayahnya ke majlis pernikahan orang kampung mereka beberapa minggu yang lepas.

“Aastapillah al azimmmm....” Zaini mengucap dengan yakin.

Serentak mereka ketawa, tetapi sebenarnya mereka pun kurang pasti 'mengucap' itu macam mana bunyinya.

“Baca alham,” suruh Sazali lagi.

“Alif Ba Ta,” Zaini membaca 'alham'.

Mereka ketawa lagi. Zaini hanya mampu tersengih-sengih.

“Aku angkat nikah kamu dengan anak Abidin dengan mas kahwin 20 sen tunai.”

Baru sahaja Sazali hendak menghenjut tangan Zaini, tiba-tiba semua ketawa. Sazali terpinga-pinga.

“Aku kahwinkan kamu dengan Sanisah dengan mas kahwin 20 sen tunai,” Khairul membetulkan kesilapan Sazali.

Merah padam muka Sazali, malu tersilap cakap tadi.

“Aku nikahkan kamu Zaini bin Masdar dengan Sanisah binti Abidin dengan mas kahwin 20 sen hutanggg....” lantas Sazali menghenjut tangan Zaini, yakin dia tidak tersilap lagi.

“Aku nikahkan aku dengan Sanisah binti Adidin dengan mas kahwin 20 sen tunai....” Zaini mengulangi ayat Sazali tadi, tetapi agak berlainan.

Mereka ketawa lagi.

“Sah?” tanya Sazali kepada kedua-dua saksi.

“Sah!” kedua-dua saksi menganggukkan kepala tanda setuju.

Kedua-dua mempelai diarak dan disandingkan di atas pelamin. Berseri-seri Zaini di atas pelamin sambil dikipas oleh Hamidon dengan pelepah kelapa. Manakala Sanisah tersenyum-senyum menunduk malu diapit oleh Sarina.

Di kiri dan kanan pelamin, sibuklah Sazali, Khairul dan Suhaili mengetuk tin menggantikan kompang sambil mendendangkan lagu untuk pengantin. Sedang asyik mereka menepung tawar pengantin, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Bertempiaran mereka berlari menuju ke rumah masing-masing.

Habis musnah pelamin mereka ditimpa hujan. Bunga-bunga raya di hadapan pelamin dihanyutkan air, manakala pelepah kelapa yang digunakan untuk dijadikan kipas rosak. Terpaksalah mereka membina semula pelamin yang baru.

Namun akhirnya, sesudah masing-masing dewasa, tiada seorang pun yang jadi berkahwin dengan isteri pertama mereka.

(Petikan dari novel jibunsyi "Chef" karya Chef Zul Desa.)

Monday, March 2, 2009

Sama2 la kita renungkn....

aku amek "benda alah" kat bwh ni dr blog Dato Seri Anwar Ibrahim.. org yg tulisnya cuma dikenali sebagai bujang tet yg diupload pada hari ni 2hb Mac 2009 pada pukul 1.28 t.ari ..(baru kjp td la hiiiii hiiii hiiii..) sama2 la kita renungkn apa yg boleh diambil iktibar, panduan dan juga pengajaran semoga apa yg baik kita jdkn panduan dan yg buruk dijadikn sempadan.


"Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Laknattullah bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi Laknattullah, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi Laknattullah, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi Laknattullah begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, da, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi Laknattullah ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi Laknattullah, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap hidangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi Laknattullah anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi Laknattullah, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?Siapa tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak2 Yahudi Laknattullah sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi Laknattullah, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi Laknattullah.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi Laknattullah. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi Laknattullah, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi Laknattullah melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi Laknattullah bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi Laknattullah sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi Laknattullah di New York. Graduan Yahudi Laknattullah dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cents !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi Laknattullah itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi Laknattullah? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa".

Thursday, February 26, 2009

Wednesday, February 25, 2009

Di mana letaknya kebahagiaan?

seorang kawan aku, bg kat aku ungkapan kata2 ni... sama2 la renungkn..

"Dalam dunia ni,
yang paling susah nk dicari ialah bahagia.
Semua org cari bahagia,
tp x semua org jumpa.
Mereka yg dh jumpa, belum tentu boleh dapat bahagia".

sama2 la pk, apa yg tersirat dan tersurat..

Tuesday, February 24, 2009

lima perkara


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل :- wajah yang cantik


2-فلوس بالملاي :- duit yang banyak


3-صحة قوية :- kesihatan yang baik


اولاد شاطرين وفالحين مثلنا -4 :- anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita


5 نوم عميق من دون مهدئات و أدوية :- tidur yang nyenyak tanpa ganguan



سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 25 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟


senang jer untuk mendapatkannya hanya 25minit setiap hari.



قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :


kata nabi saw


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه


siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya


dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في


dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang
tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة


dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak


بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية


sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

apa tindakan kita?

aku sbnrnya hairan dgn sikap sesetengah rakyat malaysia yg berugama islam terutamanya. bila sambut hari raya(aidil fitri ke aidil adha ke) kat tv duk tunjuk artis tepekit telalak berkonsert, menyanyi sbb gembira hari raya la konon.. bila merdeka pun mcm tu, tahun baru x pyh nk ckp la. aku bkn la anti dgn semua tu, cuma aku rasa ada yg xkena dgn cara mcm tu.. dh xde cara lain sngt ke? mesti buat konsert ke nk sambut merdeka contohnya? tepekit telalak menyanyi lagu yg nth hapa2 nth yg lngsng xde penghayatan dan jugak pengisiian kemerdekaan.. lg mcm org yg x merdeka ada la, tp duk jerit melaungkn "merdeka!!...merdeka!!".. memalukan betul tngok anak melayu mcm tu.. tp nk buat mcm mana lagi dh itu yg dia pilih.. dia sendiri yg membenarkn diri dia dijajah...

aku dh melalut nth kemana nth, aku bkn nk ckp psl benda2 tu tp nk ckp psl palestin. ya betul... palestin. baru2 ni aku ada la tertengok kat tv ada la artis yg baca puisi utk "palestin".. sampaikn setiap kali sebelum berita kul 8 disiarkn ada la tersisip 1 puisi yg dibaca oleh artis mana nth..(mcm kenal je tp buat2 x kenal dh laaa.) sbb aku menyampah. mmg aku menyampah sngt2.. palestin tu diceroboh, dibom, dibunuh dan pelbagai jenis di lagi laa korang kat sini terpekit terlalak berpuisi la menyanyi la utk org tu... bg semangat la konon.. kepala hotak korang.. bodoh.. bangang... kelabu asap.. tonyok dlm hutan tu pun x bodoh mcm korang tau x... aku mmg benci tahap mega terhadap golongan2 mcm ni, mengambil kesempatan keatas org lain.. mcm la xde cara lain yg engkau boleh buat atas alasan nk tolong "palestin" la konon. tp sbnrnya ada agenda engkau tersendiri... bila aku sendiri tengok, xde apa2 penghayatan pun yg aku dpt, lg menyampah ada la.. xde pun meniggalkn kesan positif.

itu la yg aku kata awal2 tadi, kebanyakan org malaysia skrng ni perangai mmg pelek.. cukup menghairankn.. sambut raya buat konsert, sambut kemerdekaan pun duk terpekit telalak berkonsert.. tu ok lagi, yg paling best sekali sampaikn peperangan di palestin pun boleh buat konsert lagi.... nauzubillah...

p/s.. kepada sesiapa yg menyimpan hasrat nk jadi penyanyi tu, aku sarankn baik jgn la.. bnyk kerja lain lagi yg korang boleh buat.. yg lebih baik.. jgn pk seronok dgn glamor je, pk la mati ada syurga dgn neraka... korang nk ke terpekit telalak dlm neraka tu nanti sbb jd penyanyi didunia ni? lu pikir la seniri... aku dh ckp dh..

permisi dulu..

Tuesday, February 17, 2009

Blues sekejap

aku rasa semua orang ada hobi.. ada ke orang yg xde hobi? seumur hidup aku, aku xde la pernah jumpa lagi orang yg xde hobi.. paling tidak de yg jdkn tido sebagai hobi. tp bila pk2 balik ade ke patut jdkn tido sebagai hobi? patut ke? pd aku la, mcm x patut je.. ada la alasan aku tersendiri kenapa aku ckp x patut jdkn tido sebagai hobi korang.. mls nk cerita kat sini skrng sbb nanti dh melalut nth kemana pulak.

ok, aku nk ckp psl 1 hobi aku suatu masa dulu.. hobi yg selalu mengambil tmpt bila aku ada kelapangan dan jugak bila suasana "blues" dtg melanda. korang sebut betul2 bukan "layan blue" tp "layan blues",ok.. korang tau ke "layan blues" tu apa? "layan blues" bukan la layan music blues ke apa ke... tapi 1 suasana dimana kita akan melayan perasaan, xkira la perasaan bosan ke, benci ke, marah ke, syahdu ke.. apa2 je la asalkn ade kena mengena dgn perasaan.. tu la maksud "layan blues". korang paham ke x? kalu xphm buat2 paham sudah la.

aku sebenarnya suka melukis bila perasaan "blues" tu melanda.. tp skrng ni aku dh x melukis dh, nth la kenapa.. mood melukis dh xde kot, xpun mungkin sbb "kepala otak" sentimental tu dh diganti dgn "kepala otak" hard rock kot.. agak2nya la. bnyk jugak yg aku dh lukis walaupun aku ni sememangnya xpandai melukis. tp skrng cuma tinggal beberapa keping je lukisan yg masih aku simpan.. selebihnya aku bg kat kwn2 yg beminat.


Ni la antara koleksi yg masih aku simpan. nth la knapa aku lebih berminat lukis potret "kaum hawa". mungkin sbb aku ni "kaum adam" kot.. jd normal la kalu "adam" tertarik dgn "hawa". memang indah betul ciptaan YANG MAHA ESA.. sbnrnya bila aku nk melukis, aku kena tunggu perasaan aku sampai jd "bergelora" dulu.. time tu semangat berkobar2, mmg best betul "layan blues" time tu. cepat je lukisan tu siap 2-3 hari je dh siap. tapi skrng aku hairan la kenapa aku dh x beminat nk melukis dh, sampai skrng ada 1 lukisan yg masih x siap2 lagi.. dh hampir 5-6 tahun lukisan tu terbengkalai.. tapi xpe, AIMAN xkesah..... (apa kena mengena lak iklan AIMAN xkesah dgn aku ni..) nth hape2 nth.. caw cin caw..

Monday, February 16, 2009

Pantun Aurat Wanita Zaman Moden

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Friday, January 23, 2009

Dh memang tabiat

sebagai manusia kita xlepas dr membuat kesilapan, sbb itu dh mmg sifat manusia sejak azali lagi. aku dh xde mood sbnrnya nk berkias2 jd aku pun malas nk bermukadimah panjang2, aku bkn nk tulis novel pun. jd lntak la, peduli apa. aku tulis je pe yg terlintas kat kepala otak ni.

aku cuma nk mengajak kita renungkn balik, menilai kembali dlm kehidupan kita seharian berapa kali kita mengucapkn terima kasih kpd org disekeliling kita terutamanya org2 yg begitu hampir dgn kita? sbagai contoh; suami kita, ataupun isteri kita, ibu bapa kita, saudara mara kita, majikan kita dan sebagainya. kita selalu lupa nk ucapkan terima kasih kpd isteri kita sbb tolong sediakan mkn mlm utk kita. kita jugak selalu lupa nk ucapkn terima kasih kpd suami kita yg dh bersusah payah menempuh kesesakan berjam2 semata2 nk menjemput kita balik dr tmpt kerja. kita juga selalu lupa nk ucapkn terima kasih kepada bos2 kita yg dh mengajikan kita. ataupun kita yg sebagai bos2 ni, kita selalu sngt lupa utk ucapkn terima kasih kpd pekerja kita yg dh bersusah pyh bertungkus lumus majukn syarikat kita. malah lebih teruk lagi kita SELALU SNGT LUPA utk berterima kasih kpd allah yg dh bnyk sngt memberi nikmat dan rahmat kpd kita.

itu la serba sedikit, kita selalu merungut bila kita dh bersusah payah buat sesuatu, kerja contohnya tetapi bos2 ataupun majikan langsung xde nk ckp terima kasih. nk bg bonus lg la jgn harap. ataupun kita dh bersusah payah masak mkn mlm utk suami kita, padahal penat bekerja seharian xhilang lagi bg isteri2 yg bekerja. suami mkn dh kenyang xde pun nk ckp terima kasih kat kita. si isteri pulak, dh tau keadaan lalu lintas kat KL ni mcm mana bila suami dh dtg amek balik kerja tu x reti2 ke nk ucapkn terima kasih? susah sngt ke? dia pun penat bekerja jugak, nk kna drive lg hntr kita pegi kerja, balik dijemput. jln dh la sesak, berjam2 dia duk drive. ada dia merungut? dia seniri jugak kna lwn emosi, tension dll. kita sebagai isteri yg duduk sebelah dia kna la mainkn peranan, berbual2 dgn dia, beramah mesra bknnya duk msm muka sbb dia sampai lmbt xpun sbb dia talipon tanya kenapa xkluar2 dr ofis lg.
pdhal dh lama time balik. dh tau perangai dia mmg pantang menunggu, kenapa dibuat jugak lg? bkn sekali 2, tp dh selalu sngt. sekali sekala tebakar jugak kesabaran dia. kna ingt emosi manusia ni xkn sama setiap hari, sentiasa berubah2. kalu kita ckp "abg, maaf ya td syg ada kerja sikit nk buat. terima kasih ye abg sbb amek syg". susah sngt ke? kalu dlm hati suami terbakar mcm mana sekalipun, bila isteri dh ckp mcm tu terus pdm api jd ais. x percaya, cuba la sendiri. kemudian, cuba kita tngok diri kita sendiri, ada masa kita rasa marah, ada masa kita rasa selesa, ada masa gembira dan sebagainya. mcm tu jugak org lain. jd kalu kita nk org lain berterima kasih kpd kita, kenapa tidak kita sendiri mulakan dulu dgn berterima kasih kpd org lain. paling kurang berterima kasih la pd diri sendiri.

pikir2kn la. jgn kita menjadi seperti monyet yg diberi bunga. jd la seperti mana manusia yg tahu menggunakan akal fikiran....kerana apa? kerana akal fikiran la yg menjadikan manusia tu yg terbaik, sebaik2 ciptaan yg membezakan kita dgn haiwan.

Mengenali Personaliti Diri Sendiri...Dr Fazilah Kamsah..


Mengenali Personaliti Diri Sendiri...Dato' Dr Fazilah Kamsah.
















Kita sebenarnya tidak mengenali diri sendiri..kerana itu pelbagai
tanggapan yang timbul..banyak yang mengaitkan personaliti kita dengan bulan dan tarikh kelahiran kita..kita didedahkan dengan bintang VIRGO,LIBRA dan sebagainya..apakata kita teliti personaliti kita dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato' Dr Fazilah Kamsah..sekadar panduan dan jangan
dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje...


RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan
alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun
dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain
tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh.Siapa yang menegur
dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didampingi.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila
disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila
berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik