Monday, December 1, 2008

Azam oooohhh azam...

Hari ni tanggal 1 Disember 2008..Maknanya lagi 30 hari kita akan sambut tahun baru 2009..Tahun yg semakin mencabar,menurut gabenor Bank Negara krisis ekonomi dan inflasi akan mula dirasai oleh kita rakyat Malaysia tahun depan..Maknanya betambah mencabar la lg.Jd apa persediaan kita?
Aku sebenarnya nk cerita pasal azam bkn pasal ekonomi..tp ada kena mengena jugak la dgn ekonomi..pasti semua drpd kita nk hidup senang,xnk dihimpit ataupun dibelenggu mslh kewangan.tp bkn semua drpd kita yg mampu mengatasi mslh tu kn,jd dimana silapnya?
Sedar x sedar ianya bermula dgn azam...dgn keazaman yg kuat diiringi oleh usaha baru la kita bleh mencari jln utk atasi mslh tu ditambah pulak dgn tawakal insa'allah apa yg kita usahakn pasti membuahkn kejayaan. .Tp kalau apa yg diusahakn tu xkesampaian tu cerita lain la pulak..
Ok skrng baru nk masuk intipati,td mukadimah je..Apa azam korang tahun ni yg masih belum sattle,yg masih tertangguh lagi?Ada ke?Kalu xde bgus la tp kalu ada agak2nya bila korang nk sattlekn azam tu?Aku punya azam tahun ni pun ada yg masih x dapat aku capai.Aku punya azam yg xtercapai tu ada kena mengena dgn ekonomi sbb tu la td dlm mukadimah ada kena mengena dgn ekonomi..Awal tahun hari tu aku berazam nk ubah hidup aku dr makan gaji ke bekerja sendiri..Aku nk jd usahawan,2 bidang yg memang aku dh nmpk ada ruang utk berjaya iaitu sbagai trader frozenfood dan jugak usahawan tani.Bnyk info2 yg aku dh kumpul pasal nk jd usahawan tani,pasal frozenfood,pasal cendawan,pasal serai,pasal ikan,rusa,kambing,mcm2 lagi la.Sampaikn katak pun termasuk dlm list jugak.Tp setakat ni cuma 5 je yg termampu aku usahakan sebagai langkah pertama..baru duk berjinak2 masih dlm kajian lagi..masih dlm peringkat experimen org kata.paling kurang ada jugak la dr xde lngsng..aku xnk azam tinggal azam je paling kurang aku tahu bukan mudah nk "main" dgn ikan kalu xde ilmu,kalu xde tmpt rujukan..nk pandai2 sendiri je bkn x bleh berjaya,bleh je tapi masa utk berjaya tu lmbt la berbanding dgn kaedah merujuk kpd yg dh berjaya.zaman skrng ni bangsa melayu dh xbleh nk berjalan lg dh kalu nk berjaya kna berlari, kna naik kereta,kna gunakan semua kemudahan yg ada,kna rebut semua peluang,kena cari pelbagai alternatif baru bleh nk berjaya.alhmdulillh aku dh jumpa org yg bleh aku rujuk,kongsi sama mslh,pengalaman dll lg la.aku mmg minat gila dgn aquaculture ni.kalu tngok ikan yg duk berenang dlm aquarium tu rasa tenang je hati,fikiran..cukup mengasyikkn.sbb tu la aku amek keputusan nk terjun dlm bidang ni,tp xde la main terjun je.kang lemas lak,x psl2 mati katak.jd sebelum terjun kna la ada persediaan paling kurang pelampung ke,life jacket ke,jd ada la tempat nk berpaut.xde la nanti lemas trus walaupun dipukul gelombang dan badai.."eeeemmmmm...korang fhm ke pe yg tersirat tu?"kalu x phm buat2 phm udah la ye.
Dr sehari ke sehari aku duk perhatikan pembesaran ikan yg aku dh mula bela sejak beberapa bulan dulu.dr situ aku bljr sbnrnya bukan mudah nk mjd usahawan aquaculture ni..tngok dlm tv nmpk senang je,bila aku buat baru aku tau susah dia..yg diaorg duk tunjuk tu apa yg dh berjaya,proses nk berjaya tu bkn dia nk tunjuk pun kalu dia tunjuk jugak duk tunjuk mana yg positif je,yg negatif lngsng xde.hammpeehhh..mcm kata mentor aku la "kalau senang dh lama semua org duk bela ikan jugak".
Korang nk tau ikan apa yg aku bela?nma cina dia soon hock,nma melayu dia ketutu,haruan bodoh,ikan hantu,nma org putih dia marble goby.ikan ni yg aku nk usahakan 1 hari nanti.xbnyk usahawan melayu yg bela ikan ni sbb bnyk faktor antaranya ikan ni lmbt nk besa.mkn tahun oooo,tp kalu kena cara dgn kaedah, masa tu bleh la disingkatkn lagi.aku jugak ada try ternak belut,try nk biakkn..dh 1 thn lebih aku ternak tp belum menunjukkn apa2 hasil lg,xde nmpak pun anak2 dia..korang tau x yg belut bleh bertukar jantina?1 lg kebesar dan keunikan ciptaan tuhan..apa korang ingat manusia je ke bleh tukar jantina,belut pun boleh jugak la.ikan laga half moon pun aku try ternak.aku dh berjaya kawinkn dia,sampai telor2 dia menetas.tp akhirnya mati sbb aku kurang bg perhatian..anak2 dia kna mkn dgn bapak dia sendiri.

ni la Half moon betta
sama jugak dgn kes crayfish..korang tau ke crayfish tu menatang apa?kalu korang translete ke bahasa melayu ikan kray la kn..mesti dlm kepala otak korang tabayangkn ikan kn?btulkn?hangguk pun..mmg aku dh agak.tp yg sebenarnya crayfish bukanlah spisis ikan tp temasuk dlm keluarga udang.ada org panggil lobster air tawar.lobster ni cukup popular kat Australia,US tp kat Malaysia xde market sbagai slh 1 mknn..kat Malaysia crayfish dijual sebagai haiwan peliharaan,dijual dikedai2 ikan hiasan.
tu la antara 4 spesis aqua yg aku dh try ternak..aku jugak ada ternak arnab.aku try cari spesis Angora tp x dpt.aku bela Lionhead je,dh itu je yg aku jumpa.beli 2 ekor anak,skrng dh jd 4 ekor.dh besa2 belaka.arnab mmg senang gila nk ternak,lgpun aku mmg dh ada pengalaman bela arnab masa aku sekolah dulu.jd xde mslh.kesemua binatang yg aku bela ada berkaitan antara 1 sama lain.arnab aku bela sbb aku jugak nk buat cacing kompos.anak arnab bleh jual kat kdai pets,sisa2 dia lak aku bg kat cacing kompos.cacing kompos akan huraikn najis2 arnab ni kpd baja kompos.baja ni pulak aku bleh jual,aku bleh guna sendiri utk tanaman aku jugak.baja yg bebas dr bhn kimia,sngt bgus dan selamat utk tanaman2,sayuran jugak.xde kesan sampingan kpd manusia.
Jd itu la azam aku yg masih belum tercapai lg..1 hari nanti aku tetap akan berhenti kerja mkn gaji..aku nk jd bos pulak.aku la kuli,aku la bos.Aku la usahawan tani..Amiin..tlg la sama2 doakn kejayaan aku ye.



No comments:

Post a Comment