Wednesday, November 19, 2008

Hai la KWSP.....

Hari ni aku terpanggil nk cerita pasal duit yg kita simpan kat KWSP utk hari tua nanti... Ramai diantara kita yg dh merancang bila sampai masa duit tu nanti nk dibuat apa kn? Ada yg nk guna utk beli aset(tanah,rumah dll),ada yg duk merancang nk buka perniagaan sendiri dll lagi la. Mesti ramai diantara kita yg x tau kan pasal KWSP bg duit kat ValueCap Sdn Bhd... Ya betul... KWSP bg duit kita kat ValueCap Sdn Bhd.. Mesti ada yg tertanya-tanya ValueCap Sdn Bhd tu menatang apa kan... ValueCap tu bukanlah sepisis binatang, siput tonyok, ataupun seangkatan dgnnya, ValueCap Sdn Bhd sebenarnya sykt pengurusan dana milik kerajaan.. Itu la dia yg sbnrnya.. Isu ni dh agak lama,(aku dngr dlm bln lps, oktober). Baru skrng aku tergerak hati nk ckp psl ni.. Aku pun dulu x tau,sama jugak macam korang.. Mls nk ambik tahu pun ye jugak.. Tp bila aku diamkn je terasa benda tu terbuku dihati.. Kenapa.. Kenapa begitu mudah KWSP bleh bg duit rakyat ke company tu? Memang la duit aku x bnyk mana pun kat KWSP tu, tp bkn duit aku je yg ada kat situ... Duit orang ramai... Kalu dikumpul2kn jumlahnya cukup bnyk...(Bg aku la,korang aku x tau la)..

KWSP pada awalnya
menafikan keterlibatan pihak KWSP terhadap urusan Valuecap Sdn Bhd dalam satu kenyataan yg dibuat oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Dr Roslan A Ghaffar..

Kemudian, Najib Tun Razak, selaku Menteri Kewangan 1 menyatakan Valuecap Sdn Bhd, syarikat pengurus dana milik kerajaan, hanya meminjam RM 5 bilion dari KWSP, yakni duit simpanan hari tua kita semua.

Najib kata, dia Valuecap ingin menggunakan duit pinjaman tersebut untuk membeli saham-saham yang dibawah nilai (undervalue).

Valuecap telah ditubuhkan sejak 5 tahun lepas untuk tujuan itu.

Manakala, Timbalan Menteri Kewangan 2, Nor Mohamaed Yackop menyebut, KWSP akan membuat untung dari pinjaman tersebut. Menurutnya lagi, “Valuecap has done well.”

Valuecap Sdn Bhd juga melalui anak syarikatnya, i-VCAP Management Sdn Bhd telah menguruskan Exchange Traded Fund yang berlandaskan Syariah yang pertama di Asia, iaitu My ETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (My ETF-DJIM25) yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada Januari 2008.

Apa ulasan korang? Nabil jugak yg kena jwb.... "Lu pikir la sendiri.."

Ni ulasan dr blog org lain yg aku cilok supaya kita sama2 bleh pikir2kn..

1. Kerajaan perlu menunjukkan ketelusan sekiranya mereka ingin menggunakan duit KWSP.

2. Adakah kerajaan benar-benar ingin membeli undervalued stocks (investing) atau ingin menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu (bailout) atau bertujuan untuk menyerap tekanan jualan (buying support) yang sedang berlaku di Bursa Malaysia?

3. Sekiranya Valuecap Sdn Bhd “has done well”, menurut Menteri Kewangan 2, kenapa Valuecap Sdn Bhd perlu meminjam lagi, lebih-lebih lagi dari duit KWSP? Di manakah untung yang telah dijana sejak 5 tahun lepas?

4. Malah, dalam zaman internet ini pun, saya tidak jumpa website Valuecap Sdn Bhd untuk melihat latar belakang pengurusan, pencapaian dana yang diurus oleh syarikat tersebut.

5. Warren Buffett adalah antara pelabur yang berjaya menggunakan teknik value investing yang membeli saham-saham di bawah nilai. Namun, pembelian yang dibuat Warren Buffett adalah berterusan baik ketika pasaran saham keseluruhannya sedang menaik atau menurun. Asalkan harga sesuatu kaunter saham itu menepati kehendaknya, walaupun indeks secara keseluruhannya menaik, dan tidak semestinya pada waktu indeks secara keseluruhannya menurun. Buffett tetap membeli saham syarikat tersebut. Baru-baru ini juga, Buffett telah membeli sejumlah saham Goldman sachs bernilai USD 5 bilion.

6. Prestasi dana yang diurus oleh Warren Buffett diumumkan kepada semua. Malah semua pemegang saham Berkshire Hathaway mendapat surat dari Warren Buffett setiap tahun untuk membolehkan dia melaporkan secara terus prestasi Berkshire Hathaway. Saya dan anda yang tidak membeli satu unit saham Berkshire Hathaway pun boleh membacanya secara percuma di website ini.

7. Tetapi ini tidak berlaku kepada Valuecap yang ditubuhkan menggunakan dana awam, dan kini ingin meminjam lagi dana awam.

8. Barangkali Valuecap boleh berselindung disebalik undang-undang yang menyatakan syarikat Sdn Bhd tidak perlu menyatakan kepada umum tentang perihal kewangannya, tetapi secara moralnya, kalau sudah menggunakan dana awam, pihak pengurusan perlulah lebih amanah dan telus.

9. Petronas yang juga hanya bertanggungjawab kepada kerajaan itu pun boleh menerbitkan laporan kewangannya untuk dibaca oleh orang ramai, kenapa Valuecap tidak boleh mencontohi sikap baik pengurusan Petronas ini?

10. Tindakan meminjam duit anda di KWSP juga mengelirukan kerana apa yang berlaku hari ini, adalah berpunca dari krisis sub prima, iaitu apabila hutang yang tidak diuruskan dengan baik.

11. Apabila semua institusi kewangan seluruh dunia telah lebih berhati-hati ingin memberikan pinjaman kepada syarikat pada masa ini, tiba-tiba KWSP bermurah hati untuk memberi pinjaman kepada Valuecap. Bukan RM 50,000 , bukan RM 500,000 dan bukan juga RM 5 juta, tetapi RM 5 bilion.

12. Apakah collateral yang digunakan oleh Valuecap sehingga KWSP sanggup memberikan pinjaman sebesar RM 5 bilion?

13. Adakah KWSP hanya memberikan pinjaman dengan konsep qardhul-hassan?

14. Apa akan jadi sekiranya pelaburan Valuecap rugi dan tidak lagi mampu membayar hutang kepada KWSP? Siapa mahu membayar duit hutang KWSP yang bernilai RM 5 bilion itu? Adakah peserta KWSP akhirnya yang akan menanggung kerugian sepenuhnya seperti mana pencarum dana pencen di US dan Eropah yang kerugian besar akibat krisis sub prima?

15. Kita semua, selaku pencarum KWSP perlu mendesak pihak KWSP agar lebih berhati-hati supaya tidak memberikan pinjaman sebesar RM 5 bilion dengan begitu mudah.

16. Dan sekiranya kerajaan benar-benar telus, mereka perlulah memberitahu kepada umum senarai syarikat undervalued yang ingin dibeli dengan duit KWSP supaya semua pencarum boleh menilai sendiri sama ada syarikat tersebut benar-benar layak dibeli dengan menggunakan konsep value investing.

17. Apabila transaksi jual beli ini berlangsung, institusi kewangan yang mana pulakah akan mendapat keuntungan hasil komisyen? Adakah banyak yang akan masuk terus ke poket CIMB Group yang diketuai oleh adik Najib, Nazir?

18. Adakah rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi yang digambarkan dalam peribahasa Melayu, “Keluar dari mulut Khairy buaya, masuk ke mulut Nazir naga?

Baca: Anwar kata ia tidak bertanggungjawab






Kenapa jalan sesak?

Soalan untuk korang semua.

Korang dalam perjalanan ke utara / Bukit Kayu Hitam di lebuhraya PLUS.

Ada satu kemalangan berlaku di arah berlawanan (menghala ke selatan / JB)

Tetapi kenapa lorong menghala ke utara / Bukit Kayu Hitam pun turun mengalami kesesakan yang panjaaaaaaaaaaaaang ?

Apa jawapan korang ?

...................

...................

...................

Ni jawapan aku pulak...

Orang ramai tidak tahu perbuatan selama lebih kurang 5 saat memandang ke tempat kemalangan itu mempunyai kesan yang sangat besar sekiranya ribuan pemandu lain turut membuat perkara yang sama.

Kalau seorang pemandu menangguhkan 5 saat, 100 pemandu sudah menangguhkan 500 saat (8.3 minit). 1000 pemandu pula sudah menangguhkan 5000 saat (83 minit). 10,000 pemandu pula sudah menangguhkan 50,000 saat (833.3 minit) dan seterusnya.

Sebab itulah, walaupun jalan ke selatan yang berlaku kemalangan, jalan menuju ke utara pun akan mengalami kesesakan yang panjang juga.

Ramai daripada kita mengambil mudah, “Alah 5 saat je.”

Atau, “Alah, caj saham amanah tu 6% je. Tak luak pun duit aku. Apa bising sangat kata caj mahal tu?”

Atau, “Apalah diorang ni 3% kurang KWSP pun nak bising-bising.. Berapa je sangat.”

Atau, “Aku mana ada RM 5 bilion. Lantak pi la KWSP nak bagi ValueCap duit pun.. Berapa sen sangat je duit aku diorang guna. Janji aku dapat balik duit aku nanti.”

Atau, “3 sen je. Ok lah tu.” (merujuk kepada isu penggenapan harga)

Atau, “Kau sibuk apa. Duit aku. Suka hati aku la nak melabur dekat manapun. Kau tu pengecut. Kau la jenis Melayu penakut. Simpan duit banyak-banyak buat apa.”

Atau, “tisu ni kalau aku buang sini pun takkan tercemar lah.”

Atau, “Pakcik ni simpan RM 20 sebulan kat Tabung Haji ni sempat ke pergi haji ni?”


“Apapun alasan,yang pasti sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itu korang kena ingat.”

....................

...................

p.s..ke orang Malaysia ni telebih perihatin sangat?Hai la Nabil...Lu pikir la sendiri........

Friday, November 14, 2008

Buying a car is the most stupid thing to do

Dia ada 16 biji kereta. Tapi dia suka ke sana ke mari dengan kereta Honda Accord lama dia je. Ada nostalgia katanya. Yang mata bulat, yang besar-besar dia simpan di hotel. Dia pakai bila perlu je macam semalam.

“Bagi la saya simpan satu, hehe..”

“Eh, kamu hari tu tak tahu ye saya ada jual kereta-kereta saya? Saya jual je berapa-berapa.”

“Tak beritahu mana saya tahu.”

“Alah, takpe. Yang penting untuk kamu sekarang savings. Pedulikan apa orang lain nak kata. Lagi berasap-asap kereta buruk kamu, lagi saya suka. Sekarang masa untuk savings. Biarlah orang lain kutuk kamu pakai kereta buruk pun. Diorang bukan tahu apa kamu buat.”

Dia pun tahu, “Buying a car is the most stupid thing to do.”

Millionaire yang sorang tu pun cakap macam begitu. Super Millionaire macam dia pun cakap benda yang sama. Orang yang belum millionaire je yang terus nak beli kereta baru lepas 3 bulan kerja.


p.s. Kenapa orang sangat-sangat kaya ni ada berbelas-belas biji kereta? hehe …

berapa yg korang akan dapat kalu simpan rm250 sebulan dlm asb?

Adakah korang rasa menyimpan RM 250 sebulan itu satu jumlah yang besar?

Kalau jawapan korang “Ya, ia jumlah yang besar,” dan pada masa yang sama korang tiada masalah untuk memperuntukkan RM 500 sebulan untuk membayar installment kereta, maka korang sedang mencipta sel-sel barah kewangan korang sendiri.

Korang perlu berubah sekarang dan mula menyimpan.

Jika korang menyimpan RM 250 sebulan di bawah bantal, selama 5 tahun, korang akan dapat mengumpul RM 15,000

Jika korang menyimpan RM 250 sebulan dalam akaun simpanan biasa, selama 5 tahun, korang mungkin dapat mengumpul sekitar RM 15,100. Mungkin. Itu pun kalau bank baik hati untuk beri pulangan sekitar 0.25% kepada korang.

Consumer Price Index di Malaysia untuk bulan jun sahaja sudah mencecah 7.7%. Untuk makluman, itu adalah angka rasmi yang dikeluarkan. Angka tidak rasmi? Kalau dulu makan tengah hari hanya RM 4 dan kini jadi RM 5? Itu sahaja sudah kenaikan 25%!

Maksudnya, siapa yang simpan duit bawah bantal dan di akaun simpanan biasa dia tidak mampu lagi survive dalam kehidupan hari ini. Kalau keadaan ini berterusan, menyimpan di ASB pun sudah cukup susah untuk korang survive di masa hadapan.

Walaupun begitu, untuk tujuan simpanan, ASB tetap satu produk kewangan yang mesti digunakan sebagai asas kewangan korang semua.

Sekiranya korang menyimpan RM 250 sebulan di dalam ASB, dengan menganggarkan purata pulangan ASB adalah 8% setahun, tahu tak berapa jumlah simpanan yang korang akan dapat selepas 5 tahun?

Sila ambil kertas, kalkulator dan kira …

Barangkali kebanyakan akan mendapat jawapan RM 16,200

Tetapi tahukah korang, jawapan sebenarnya adalah RM 19,007.79

Ada perbezaan pengiraan pulangan hasil dari simpanan di ASB mesti dikira melalui pengiraan compounding interest dan bukannya pengiraan simple interest.

Ya, korang hanya menggunakan duit sebanyak RM 15,000 dan korang mendapat tambahan RM 4,007,79 selepas 5 tahun.

Dan kalau korang menyimpan hanya RM 250, di ASB selama 10 tahun berapa pula korang dapat?

RM 38,015? atau cuma RM 32, 400?

Tidak. Jawapannya selepas ini...Haaa haaa haaaa... Korang sebenarnya akan mempunyai simpanan hampir RM 47 ribu.

Wow. Selama korang bekerja dalam masa 10 tahun ini, korang sudah dapat kumpul RM 47 ribu dalam simpanan? Atau selama korang sudah bekerja selama 3 tahun, adakah korang sudah kumpul kira-kira 25% dari RM 47 ribu itu tadi?

Bak kata Nabil...Lu pikir la sendiri....

Itulah kuasa compounding interest. Bagaimana korang boleh menjadikan duit bekerja untuk korang, seterusnya menjadikan duit sebagai hamba kepada korang.

Menarik?

Jadi mulakan la langkah pertama hari ini juga....

Thursday, November 13, 2008

surat dari syaitan untuk mu

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu, bahkan kemudian kau juga tidak mengucapkn "bismillah" sebelum memulai santapanmu, bahkan kemudian, kau juga tidak sempat mengerjakan solat isha' sebelum berangkat ke tempat tidurmu.
Kau benar-benar orang yang bersyukur, aku amat menyukainya....
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.
Hai bodoh!!!!!Kau milikku!!!
Ingat kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar-benar mencintaimu... Malah aku masih membencimu, kerana aku benci allah..
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap akan memanafaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya..

kau lihat... ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuatkan kehidupanmu seperti neraka..Sehingga kita bisa bersama untuk kali keduanya, dan ini akan menyakiti hati ALLAH
aku benar-benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yg menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa-masa yang kita jalani..
kita menonton film "blue"bersama, berzina bersama, berpoya-poya, tidak menghargai masjid, mengumpat, malah kau sanggup menyakiti hati ibu bapamu kerana mengikut kehendakku, kau juga sanggup minum air kencingku... Betapa gembiranya kita bersama...

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan semua itu begitu saja kan?
Ayuhlah...Hai bodoh, kita terbakar bersama selamanya.
Aku masih miliki rencana-rencana hangat untuk kita.. Ini merupakan surat penghargaanku untukmu.. Aku ingin mengucapkan "TERIMA KASIH" kerana sudah mengizinkan aku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu..
Kau memang sangat mudah diperbodohkan, aku mentertawakanmu melihatnya...
Saat kau tergoda berbuat dosa kau menghadiahkan tawa kepadaku. Dosa sudah mewarnai hidupmu..
Kini kau sudah tua dan sekarang aku perlu darah muda. Aku tak perlu mengajarmu lagi kerna kau sudah arif..
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan anak-anak muda bagaimana berbuat dosa.
Terlalu mudah bagimu, kau cuma perlu berpoya-poya, berdisco sampai siang, memfitnah, bergaul lelaki perempuan tanpa batasan, seks bebas, tak perlu menghormati orang tuamu, suamimu? istrimu? Persetankan semuanya dan hiduplah seangkuh mungkin dimuka bumi ini..
Lakukan semua ini didepan anak-anak kecik dan mereka akan menirunya..
Begitulah anak-anak....
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk
mengajakmu berbuat dosa lagi..
Jika kau cukup cerdas, kau akan "LARI BERSEMBUNYI" dan bertaubat atas segala dosa-dosamu.. Dan hidup untuk ALLAH dengan sisa-sisa umurmu yang sedikit itu..

Memperingatkan orang bukan tabiatku,
tapi diusiamu yg semakin hari semakin tua, dan kau tetap masih melakukan kemungkaran, sepertinya agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap MEMBENCIMU..
Hanya saja kau "HARUS" menjadi orang tolol lagi bangang yang lebih baik dimata ALLAH.

p/s..jika kau benar-benar menyayangiku, kau tak akan mendedahkan surat ini kepada sesiapapun.




p.s. sama2 la renungkn apa yang tersirat...aku pun bukannya baik sangat tapi x salah rasanya kita saling ingat memperingati untuk kebaikkn. mudah2an ada la jugak memberi manafaat kpd yg lain, insa'allah..




Wednesday, November 12, 2008

mereka yg menyahut seruan.......

mcm biasa setiap pg aku mesti akan lalu Jln Ampang,(hntr org rmh aku p keje kat Megan Avenue)dh kira mcm dh hafal sngt la keadaan Jln Ampang tu..kat mana ada lobang,kat mana slalu sangkut trafic light dll...setiap kali aku sampai persimpangan Jln Ampang dgn Jln Tun Razak,(dkt Ampang Park tu) biasanya dlm kul 7.35am-7.50am aku selalu terserempak dgn geng basikal ni...slalu diaorang ni ramai dlm bebelas org jugak la kalu x slh,hari ni 4 je yg aku terserempak(x kesah la tu)..apa yg menariknya diaorg smua ni bkn rakyat tempatan..ULANG SEBUT...BUKAN RAKYAT TEMPATAN yg bekerja sebagai buruh binaan dkt area situ..apa yg aku nk ckp kat sini ialah kaedah pengangkutan yg diaorg guna..BASIKAL..hari ni tergerak aku nk snap gmbr diaorg tempek kat sini..dlm kereta aku becakap sorang2,kn bagus kalu rakyat Malaysia pun ada sikap mcm tu..p keje naik basikal je,mcm kat Jepun..belanja jimat,jln x jem,bleh kurangkn kemalangan maut(x kn jatuh basikal biasa2 pun bleh mati kot),sehatkn bdn(xpyh nk p gym kuruskn bdn)dan bnyk lagi la..aku ingt lagi 1 masa dulu kerajaan tempatan duk pk kaedah mcm mana nk kurangkn jem kat ibukota ni..jd p keje berbasikal salah 1 drnya la..xde pun org malaysia yg sahut saranan tu..Kenapa eekk???sama2 la pk,tmbh dlm keadaan ekonomi yg xmenentu skrng ni.

mengesat keringat sambil tunggu lampu hijau

Tuesday, November 11, 2008

2nd Post

aku xtau apa nk buat hari ni,asyik duk edit&touch-up gmbr2 yg aku ambik je..letih dh mata ni,gmbr aku tngok xcantik2 jugak...hampehh..bnyk lg yg aku kna belajar mcm mana nk jd photographer..(xpe,aku sanggup walaupun mkn masa betahun2).tngok gmbr tu semua pun dh sama je yg touch-up dgn yg blum touch-up..gmbr kat bwh ni sample gmbr yg aku amek..kalu ada sapa2 yg berminat nk aku jd korang punya photographer,aku sudi je..jgn malu2 bg la tau..x kesah apa2 event..harga murah2 je aku caj,apa2 hal bleh runding..sila2..jgn malu2..


gambar bunga apa ntah yg aku amek kat depan rumah je..


nk cerita skit pasal tmpt aku cari mkn ni..orner melayu,pekerja bleh dikatakn semuanya bumiputera cuma ada 2 org je india(cleaner)..kalu aku cerita kat korang mesti korang kata bestnya keje mcm aku ni(mmg best pd 1 side,tp side lagi 1 xbest pun ya)..mcm ni cerita dia,cerita part yg best dulu..company ni bleh dikatakn tiap2 tahun wat company trip,yg bestnya trip nk kemana pekerja bleh cadangkn..siap bawak kaum kerabat lagi..(family la)mcm baru2 ni trip ke bandung sbb semua nk ke bandung...nth hape2 nth,padahal de pilihan ke beijing jugak..aku je nk p beijing yg lain nk p bandung...apa la yg best sngt kat bandung tu aku pun xtau la sampaikn smua org nk p bandung.yg pempuan mcm biasa bg alasan nk p shoping katanya barang2 murah kat sana..yg lelaki lak mls nk betekak,jd ikut je la..sudahnya aku pilih x nk join sama..lagipun bini aku mengandung 7 bulan la time tu,xkn nk tinggalkn dia lak...kesian kat dia..sbbkn aku x join trip aku kena keje padahal org lain p bercuti...(ni cerita side xbestnya la pulak)..punya la aku menyumpah,apa salahnya bg aku cuti walaupun aku x ikut company trip ke bandung..bleh la aku berehat kat rmh..tuhan saje je la yg tau mcm mana aku rasa...alasan sbb aku kena keje jugak nk tau apa??alasan dia tiket dh booking,company dh rugi sbb aku x p..mcm haram je...de ke patut ckp mcm tu...buat aku mcm hape ke lagi,padahal aku betungkus lumus demi company siap p china selepas beberapa hari aku kawin...(paling kurang ingt la semua tu)nk kata tiket beribu x jugak,berapa sen sngt,naik air asial je...sebut betul2..AIR ASIAL...(ada cerita disebalik nama tu,lain kali la aku cerita).de 1 pempuan tu sebok bekeras nk bwk jugak laki dia masa 1st meeting psl company trip...alasan dia pe tau...mcm haram alasan dia,de ke alasan dia laki dia nk ikut jugak sbb bila company laki dia buat family day dia ikut...(sunway lagoon je)..itu alasan dia..mmg aku xpuas hati,tp sbb bos dh syg sngt kat dia xpe la...bwk la laki dia jugak..korang nmpk x d good side & d bad side?aku yg besusah pyh keje utk company diketepikn semata2 alasan bodoh nk mampos(tiket),tp bleh plak dia(company)bawak laki minah tu...apa sumbangan mamat tu kat company?ade ke?mcm la aku xtau...mmg cinabeng btl la...cina ais jugak..apa2 je la...mls nk ckp pe,ckp bnyk2 pun xguna...aku jugak yg sakit hati seniri...xpe la...dh rezki dia,pada aku senang je,dh ini ketentuan ILAHI kpd aku,aku trima je la...(menyumpah jugak dlm hati,maafkn aku ya ALLAH)..

1st post

akhirnya aku create jugak blog..huh...utk apa?aku pun x de jwpn soalan tu,mungkin ssb aku dh xde mende nk buat jd aku pun create la blog ni sebagai tmpt aku meluahkn apa yg terlintas dihati,kepala otak,mahupun mata aku sebagai mengisi ruang2 masa yg diberikan kpd aku oleh PENCIPTA YG MAHA ESA dgn harapan ianya akan memberi peringatan kpd aku seniri,memberi pengajaran kpd aku utk menjadi manusia yg bukan hanya sekadar manusia tetapi manusia yg bergelar "INSAN"...


cukup la mukadimah tu,panjang2 aku seniri baca pun bosan jugak nanti..