Monday, December 22, 2008

manusia hipokrit

setiap hari aku duk tngok perangai manusia yg hipokrit kat ofis ni.. itu perkara biasa org kata, kalu nk hidup senang dgn cara mudah tu la slh 1 caranya. jd "pelakon". bkn pelakon kat tv tu mahupun kat wayang tp ni pelakon dipentas dunia yg skopnya lebih besar dr drama, cerekarama, mahupun filem. aku panggil golongan ni dgn gelaran "sesumpah". sbb apa? mesti korang boleh teka sendiri la knapa aku bg gelaran tu.. bg yg x tau meh aku terangkn skit, sesumpah kalu korang tngok btl2 dia bleh tukar color badan dia mngikut persekitaran. sekejap hijau, sekejap kuning, sekejap coklat dll lg la. sama la jugak org2 kat ofis ni.. aku heran la kenapa nk jd mcm sesumpah, padahal allah dh bg kepala otak akal fikiran suruh guna utk bezakn mana yg baik mana yg buruk. tmpt aku keje ni bkn besa manapun pekerja dia, bleh kira dgn jari je termasuk bos. sepuluh (10) org je semuanya.semua melayu pulak tu dan kalu dh melayu tu automatik mesti sinonim agama islam.. memalukan org2 islam yg lain je. mmg btl la kata Tun Dr Mahathir "melayu mudah lupa". bila tngok cara berpakaian, org xkn sangka golongan ni "sesumpah". aku bkn nk cerita keaiban org, jauh sekali nk memalukn diaorg cuma aku dh xbleh nk thn apa yg aku rasa. mudah2n sedikit sebanyak apa yg aku cerita, apa yg aku luahkn dpt menasihati diri aku sendiri, diri korang semua yg nk amek iktibar supaya jgn la tergolong dlm golongan ni. "Jadi la manusia yg ada prinsip hidup, yg berani hadapi masalah bkn jd sesumpah".
aku nk tegur mslh pd aku nanti, diaorg ramai, aku sorang. bos lak "dh sayang lebih" kat diaorg ni. apa yg diaorg buat semuanya betul, xde yg xbtl tp 1 hari nanti aku nk tegur jugak, aku nk sebut jugak time staff meeting. setidak2nya aku nk tunaikn tanggungjwb aku sebagai umat islam so nanti aku lps la "kat sana". aku akui aku pun bukannya baik, cuma aku x ikut rasmi sesumpah mcm yg lain, aku ikut rasmi manusia. aku kalu nk balik time keje waktu bos ada pun aku balik wat x reti je. bia la dia nk bising ke nk marah ke apa. peduli apa aku. bkn nk tunjuk keras kepala, xde disiplin ke apa tp nk tunjuk mcm tu la staff dia yg sebenarnya. manada org suka kena marah, korang suka? aku x suka tp aku lebih sanggup kena marah dr aku jd sesumpah jugak. aku paling benci org yg bermuka2 ni, mcm lalang melentok ke kanan melentok ke kiri. xde prinsip, xde pendirian. dpn ckp lain blkng ckp lain. dgn org ni mcm ni, dgn org tu mcm lain pulak.
so, memandangkn dh xlama mana nk tahun baru, Muharram 1430 mahupun tahun baru masihi jugak 2009, sama2 la kita muhasabah diri tngok balik, renung dalam2 apa yg patut kita perbaiki bersessuaian dgn sabda rasullullah s.a.w yg bermaksud "jadikanlh hari ini lebih baik dr semalam dan besok lebih baik dari hari ini". wallahhua'lam.

Tuesday, December 16, 2008

10 cara untuk hidup bergaya tapi papa kedana

1. Bayar semua bil selepas dapat gaji kecuali "bayar diri sendiri"

Korang bayar bil handphone, eletrik, air, internet, astro, sewa rumah, installment kereta tetapi korang lupa untuk "bayar diri korang sendiri".(meyimpan la maksudnya.) Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja.

Kereta mesti new brand. 9 tahun hutang, minima downpayment. Utk lebih hebat lagi ganti sport rim, tukar tyr, tmbh spoiler, pasang skirting, stereo system, tukar radio, tintedkn cermin, ganti ekzos vrooom vrooom, cat baru merelit merelap, tukar stereng sport dan pendek kata semua yg ada dijual di kedai korang ada. seterusnya buat baik dgn tauke kedai spare part, senang nk tau bila brng latest sampai. Baru pakai setahun dua ganti dgn yg baru lagi. Bagus bagus.... Cerah masa depan.

3. Pakai kredit kad

Mudah dan senang korang nk berbelanja. sesak2 hujung bulan swipe saja, bayar minimum payment yg diminta oleh bank aje. "Sayang nk mkn kat restoran mana hari ni? Abang belanja."

4. Jadi ahli gymnasium

Mohon keahlian gymnasium yg dekat dgn tmpt kerja korang. mudah nk bersenam bila balik kerja. perut pun mcm dh boroi, apa kelas berjogging kat tmn2 awam yg free. bulan pertama pergi setiap hari, bulan seterusnya dh tak sempat nk pegi sbb bnyk kerja kat ofis

5. Holiday setiap bulan

Jadi member dimana2 pusat peranginan. Luar negara lagi ok. penat kerja kena realese tension selalu. kad kredit kan ada,apa nk risau. setakat nk bermalam 3 4 hari kat hotel 4-5 bintang no hal la. perbelanjaan holiday lebih penting dr menyertai mana2 kelas pelaburan dan kewangan yg ada dipasaran

6. Up to date with the latesat fashion, gadget

Korang MESTI amek tahu selalu fesyen terbaru dipasaran. rambut, baju, seluar, perfume, kasut dll. Gaya hidup mesti moden, metroseksual. selain fesyen kna beli mp3 player terbaru, handphone mesti yg terbaru seharusnya yg tercanggih siap dgn kamera dll lagi. walaupun handphone riban2 tetapi setakat guna sms je almaklum la call mahal.. ceehhh,podahcit. tapi takpe,yg penting stylo..update jangan x update!!!!

7. Apply personal loan

Korang xcukup duit nk bebelanja? maklum la maintenance tinggi. jgn bimbang, fast loan cepat dan mudah, berapa nk? 5k, 10k, 15k smua xjd masalah. nk 20k pun boleh, no problemo. mcm2 gadget nk kna beli, hobi pun kna guna duit yg bnyk. photograhpy kna guna kamera DSLR for professional. kereta mesti yg paling terbaru dipasaran, modify sampai jadi paling sporty. barang2 dlm rumah mesti paling up to date, pakaian mesti fashionable.. branded le mana main yg xde cap ni. Bonus ujung tahun bakal dapat, nanti bayar la balik loan tu bila dh dapat bonus

8. Apply kad kredit baru

Gaji dh naik, promotion pun dh dpt, 1 kad kredit je mna cukup.. bnyk benda nk dibeli. apa lagi!! apply la kad kredit baru dr bank lain pulak. lagi bnyk lagi bagus. mintak la semaksima mungkin kredit limit. "baru best shoping, mcm2 bleh beli ooooo.. Beli jgn x beli, sila2 jgn malu2.. tambah lagi tambah.."

9. Say no to part time business & learning more about saving and investment

"u nk i jual kueh raya ni? u nii.... jatuh standard i. kwn2 i smuanya VVIP, VIP, Dato, Datin."

"apa susah2 nk bljr pasal investment ni, agent kan ada. call je. property agent i kata harga rumah xkn turun, lgpun i dh buat regular savings dlm unit trust. diversify, diversify, diversify dia kata. broker i pun slalu recommend the hottest stock in the town."

10. Gosip & glamour

"wow, Datuk K ada scandal dgn artis lain la. mana website yg u baca tu? majalah hiburan apa yg u beli?"

"eeeeerrrrr.... Warren Buffet tu siapa, artis negara mana?"


Monday, December 1, 2008

Azam oooohhh azam...

Hari ni tanggal 1 Disember 2008..Maknanya lagi 30 hari kita akan sambut tahun baru 2009..Tahun yg semakin mencabar,menurut gabenor Bank Negara krisis ekonomi dan inflasi akan mula dirasai oleh kita rakyat Malaysia tahun depan..Maknanya betambah mencabar la lg.Jd apa persediaan kita?
Aku sebenarnya nk cerita pasal azam bkn pasal ekonomi..tp ada kena mengena jugak la dgn ekonomi..pasti semua drpd kita nk hidup senang,xnk dihimpit ataupun dibelenggu mslh kewangan.tp bkn semua drpd kita yg mampu mengatasi mslh tu kn,jd dimana silapnya?
Sedar x sedar ianya bermula dgn azam...dgn keazaman yg kuat diiringi oleh usaha baru la kita bleh mencari jln utk atasi mslh tu ditambah pulak dgn tawakal insa'allah apa yg kita usahakn pasti membuahkn kejayaan. .Tp kalau apa yg diusahakn tu xkesampaian tu cerita lain la pulak..
Ok skrng baru nk masuk intipati,td mukadimah je..Apa azam korang tahun ni yg masih belum sattle,yg masih tertangguh lagi?Ada ke?Kalu xde bgus la tp kalu ada agak2nya bila korang nk sattlekn azam tu?Aku punya azam tahun ni pun ada yg masih x dapat aku capai.Aku punya azam yg xtercapai tu ada kena mengena dgn ekonomi sbb tu la td dlm mukadimah ada kena mengena dgn ekonomi..Awal tahun hari tu aku berazam nk ubah hidup aku dr makan gaji ke bekerja sendiri..Aku nk jd usahawan,2 bidang yg memang aku dh nmpk ada ruang utk berjaya iaitu sbagai trader frozenfood dan jugak usahawan tani.Bnyk info2 yg aku dh kumpul pasal nk jd usahawan tani,pasal frozenfood,pasal cendawan,pasal serai,pasal ikan,rusa,kambing,mcm2 lagi la.Sampaikn katak pun termasuk dlm list jugak.Tp setakat ni cuma 5 je yg termampu aku usahakan sebagai langkah pertama..baru duk berjinak2 masih dlm kajian lagi..masih dlm peringkat experimen org kata.paling kurang ada jugak la dr xde lngsng..aku xnk azam tinggal azam je paling kurang aku tahu bukan mudah nk "main" dgn ikan kalu xde ilmu,kalu xde tmpt rujukan..nk pandai2 sendiri je bkn x bleh berjaya,bleh je tapi masa utk berjaya tu lmbt la berbanding dgn kaedah merujuk kpd yg dh berjaya.zaman skrng ni bangsa melayu dh xbleh nk berjalan lg dh kalu nk berjaya kna berlari, kna naik kereta,kna gunakan semua kemudahan yg ada,kna rebut semua peluang,kena cari pelbagai alternatif baru bleh nk berjaya.alhmdulillh aku dh jumpa org yg bleh aku rujuk,kongsi sama mslh,pengalaman dll lg la.aku mmg minat gila dgn aquaculture ni.kalu tngok ikan yg duk berenang dlm aquarium tu rasa tenang je hati,fikiran..cukup mengasyikkn.sbb tu la aku amek keputusan nk terjun dlm bidang ni,tp xde la main terjun je.kang lemas lak,x psl2 mati katak.jd sebelum terjun kna la ada persediaan paling kurang pelampung ke,life jacket ke,jd ada la tempat nk berpaut.xde la nanti lemas trus walaupun dipukul gelombang dan badai.."eeeemmmmm...korang fhm ke pe yg tersirat tu?"kalu x phm buat2 phm udah la ye.
Dr sehari ke sehari aku duk perhatikan pembesaran ikan yg aku dh mula bela sejak beberapa bulan dulu.dr situ aku bljr sbnrnya bukan mudah nk mjd usahawan aquaculture ni..tngok dlm tv nmpk senang je,bila aku buat baru aku tau susah dia..yg diaorg duk tunjuk tu apa yg dh berjaya,proses nk berjaya tu bkn dia nk tunjuk pun kalu dia tunjuk jugak duk tunjuk mana yg positif je,yg negatif lngsng xde.hammpeehhh..mcm kata mentor aku la "kalau senang dh lama semua org duk bela ikan jugak".
Korang nk tau ikan apa yg aku bela?nma cina dia soon hock,nma melayu dia ketutu,haruan bodoh,ikan hantu,nma org putih dia marble goby.ikan ni yg aku nk usahakan 1 hari nanti.xbnyk usahawan melayu yg bela ikan ni sbb bnyk faktor antaranya ikan ni lmbt nk besa.mkn tahun oooo,tp kalu kena cara dgn kaedah, masa tu bleh la disingkatkn lagi.aku jugak ada try ternak belut,try nk biakkn..dh 1 thn lebih aku ternak tp belum menunjukkn apa2 hasil lg,xde nmpak pun anak2 dia..korang tau x yg belut bleh bertukar jantina?1 lg kebesar dan keunikan ciptaan tuhan..apa korang ingat manusia je ke bleh tukar jantina,belut pun boleh jugak la.ikan laga half moon pun aku try ternak.aku dh berjaya kawinkn dia,sampai telor2 dia menetas.tp akhirnya mati sbb aku kurang bg perhatian..anak2 dia kna mkn dgn bapak dia sendiri.

ni la Half moon betta
sama jugak dgn kes crayfish..korang tau ke crayfish tu menatang apa?kalu korang translete ke bahasa melayu ikan kray la kn..mesti dlm kepala otak korang tabayangkn ikan kn?btulkn?hangguk pun..mmg aku dh agak.tp yg sebenarnya crayfish bukanlah spisis ikan tp temasuk dlm keluarga udang.ada org panggil lobster air tawar.lobster ni cukup popular kat Australia,US tp kat Malaysia xde market sbagai slh 1 mknn..kat Malaysia crayfish dijual sebagai haiwan peliharaan,dijual dikedai2 ikan hiasan.
tu la antara 4 spesis aqua yg aku dh try ternak..aku jugak ada ternak arnab.aku try cari spesis Angora tp x dpt.aku bela Lionhead je,dh itu je yg aku jumpa.beli 2 ekor anak,skrng dh jd 4 ekor.dh besa2 belaka.arnab mmg senang gila nk ternak,lgpun aku mmg dh ada pengalaman bela arnab masa aku sekolah dulu.jd xde mslh.kesemua binatang yg aku bela ada berkaitan antara 1 sama lain.arnab aku bela sbb aku jugak nk buat cacing kompos.anak arnab bleh jual kat kdai pets,sisa2 dia lak aku bg kat cacing kompos.cacing kompos akan huraikn najis2 arnab ni kpd baja kompos.baja ni pulak aku bleh jual,aku bleh guna sendiri utk tanaman aku jugak.baja yg bebas dr bhn kimia,sngt bgus dan selamat utk tanaman2,sayuran jugak.xde kesan sampingan kpd manusia.
Jd itu la azam aku yg masih belum tercapai lg..1 hari nanti aku tetap akan berhenti kerja mkn gaji..aku nk jd bos pulak.aku la kuli,aku la bos.Aku la usahawan tani..Amiin..tlg la sama2 doakn kejayaan aku ye.