Tuesday, February 17, 2009

Blues sekejap

aku rasa semua orang ada hobi.. ada ke orang yg xde hobi? seumur hidup aku, aku xde la pernah jumpa lagi orang yg xde hobi.. paling tidak de yg jdkn tido sebagai hobi. tp bila pk2 balik ade ke patut jdkn tido sebagai hobi? patut ke? pd aku la, mcm x patut je.. ada la alasan aku tersendiri kenapa aku ckp x patut jdkn tido sebagai hobi korang.. mls nk cerita kat sini skrng sbb nanti dh melalut nth kemana pulak.

ok, aku nk ckp psl 1 hobi aku suatu masa dulu.. hobi yg selalu mengambil tmpt bila aku ada kelapangan dan jugak bila suasana "blues" dtg melanda. korang sebut betul2 bukan "layan blue" tp "layan blues",ok.. korang tau ke "layan blues" tu apa? "layan blues" bukan la layan music blues ke apa ke... tapi 1 suasana dimana kita akan melayan perasaan, xkira la perasaan bosan ke, benci ke, marah ke, syahdu ke.. apa2 je la asalkn ade kena mengena dgn perasaan.. tu la maksud "layan blues". korang paham ke x? kalu xphm buat2 paham sudah la.

aku sebenarnya suka melukis bila perasaan "blues" tu melanda.. tp skrng ni aku dh x melukis dh, nth la kenapa.. mood melukis dh xde kot, xpun mungkin sbb "kepala otak" sentimental tu dh diganti dgn "kepala otak" hard rock kot.. agak2nya la. bnyk jugak yg aku dh lukis walaupun aku ni sememangnya xpandai melukis. tp skrng cuma tinggal beberapa keping je lukisan yg masih aku simpan.. selebihnya aku bg kat kwn2 yg beminat.


Ni la antara koleksi yg masih aku simpan. nth la knapa aku lebih berminat lukis potret "kaum hawa". mungkin sbb aku ni "kaum adam" kot.. jd normal la kalu "adam" tertarik dgn "hawa". memang indah betul ciptaan YANG MAHA ESA.. sbnrnya bila aku nk melukis, aku kena tunggu perasaan aku sampai jd "bergelora" dulu.. time tu semangat berkobar2, mmg best betul "layan blues" time tu. cepat je lukisan tu siap 2-3 hari je dh siap. tapi skrng aku hairan la kenapa aku dh x beminat nk melukis dh, sampai skrng ada 1 lukisan yg masih x siap2 lagi.. dh hampir 5-6 tahun lukisan tu terbengkalai.. tapi xpe, AIMAN xkesah..... (apa kena mengena lak iklan AIMAN xkesah dgn aku ni..) nth hape2 nth.. caw cin caw..

Monday, February 16, 2009

Pantun Aurat Wanita Zaman Moden

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Friday, January 23, 2009

Dh memang tabiat

sebagai manusia kita xlepas dr membuat kesilapan, sbb itu dh mmg sifat manusia sejak azali lagi. aku dh xde mood sbnrnya nk berkias2 jd aku pun malas nk bermukadimah panjang2, aku bkn nk tulis novel pun. jd lntak la, peduli apa. aku tulis je pe yg terlintas kat kepala otak ni.

aku cuma nk mengajak kita renungkn balik, menilai kembali dlm kehidupan kita seharian berapa kali kita mengucapkn terima kasih kpd org disekeliling kita terutamanya org2 yg begitu hampir dgn kita? sbagai contoh; suami kita, ataupun isteri kita, ibu bapa kita, saudara mara kita, majikan kita dan sebagainya. kita selalu lupa nk ucapkan terima kasih kpd isteri kita sbb tolong sediakan mkn mlm utk kita. kita jugak selalu lupa nk ucapkn terima kasih kpd suami kita yg dh bersusah payah menempuh kesesakan berjam2 semata2 nk menjemput kita balik dr tmpt kerja. kita juga selalu lupa nk ucapkn terima kasih kepada bos2 kita yg dh mengajikan kita. ataupun kita yg sebagai bos2 ni, kita selalu sngt lupa utk ucapkn terima kasih kpd pekerja kita yg dh bersusah pyh bertungkus lumus majukn syarikat kita. malah lebih teruk lagi kita SELALU SNGT LUPA utk berterima kasih kpd allah yg dh bnyk sngt memberi nikmat dan rahmat kpd kita.

itu la serba sedikit, kita selalu merungut bila kita dh bersusah payah buat sesuatu, kerja contohnya tetapi bos2 ataupun majikan langsung xde nk ckp terima kasih. nk bg bonus lg la jgn harap. ataupun kita dh bersusah payah masak mkn mlm utk suami kita, padahal penat bekerja seharian xhilang lagi bg isteri2 yg bekerja. suami mkn dh kenyang xde pun nk ckp terima kasih kat kita. si isteri pulak, dh tau keadaan lalu lintas kat KL ni mcm mana bila suami dh dtg amek balik kerja tu x reti2 ke nk ucapkn terima kasih? susah sngt ke? dia pun penat bekerja jugak, nk kna drive lg hntr kita pegi kerja, balik dijemput. jln dh la sesak, berjam2 dia duk drive. ada dia merungut? dia seniri jugak kna lwn emosi, tension dll. kita sebagai isteri yg duduk sebelah dia kna la mainkn peranan, berbual2 dgn dia, beramah mesra bknnya duk msm muka sbb dia sampai lmbt xpun sbb dia talipon tanya kenapa xkluar2 dr ofis lg.
pdhal dh lama time balik. dh tau perangai dia mmg pantang menunggu, kenapa dibuat jugak lg? bkn sekali 2, tp dh selalu sngt. sekali sekala tebakar jugak kesabaran dia. kna ingt emosi manusia ni xkn sama setiap hari, sentiasa berubah2. kalu kita ckp "abg, maaf ya td syg ada kerja sikit nk buat. terima kasih ye abg sbb amek syg". susah sngt ke? kalu dlm hati suami terbakar mcm mana sekalipun, bila isteri dh ckp mcm tu terus pdm api jd ais. x percaya, cuba la sendiri. kemudian, cuba kita tngok diri kita sendiri, ada masa kita rasa marah, ada masa kita rasa selesa, ada masa gembira dan sebagainya. mcm tu jugak org lain. jd kalu kita nk org lain berterima kasih kpd kita, kenapa tidak kita sendiri mulakan dulu dgn berterima kasih kpd org lain. paling kurang berterima kasih la pd diri sendiri.

pikir2kn la. jgn kita menjadi seperti monyet yg diberi bunga. jd la seperti mana manusia yg tahu menggunakan akal fikiran....kerana apa? kerana akal fikiran la yg menjadikan manusia tu yg terbaik, sebaik2 ciptaan yg membezakan kita dgn haiwan.

Mengenali Personaliti Diri Sendiri...Dr Fazilah Kamsah..


Mengenali Personaliti Diri Sendiri...Dato' Dr Fazilah Kamsah.
















Kita sebenarnya tidak mengenali diri sendiri..kerana itu pelbagai
tanggapan yang timbul..banyak yang mengaitkan personaliti kita dengan bulan dan tarikh kelahiran kita..kita didedahkan dengan bintang VIRGO,LIBRA dan sebagainya..apakata kita teliti personaliti kita dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato' Dr Fazilah Kamsah..sekadar panduan dan jangan
dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje...


RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan
alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun
dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain
tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh.Siapa yang menegur
dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didampingi.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila
disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila
berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik




Friday, January 16, 2009

9 tahun penantian

akhirnya setelah hampir 9 tahun penantian, aku dpt jugak buat kerja apa yg aku inginkan. 9 tahun tu, walaupun xlama mana tapi dh hampir 9 tahun la aku kerja dgn company ni yg mana sblum ni aku duk buat kerja yg lngsng xde kena mengena dgn apa yg aku belajar dulu.. aku belajar multimedia major in animation tp bila kerja mcm2 yg aku kena buat.. keje2 despatch aku buat - pegi bank, bayar bil, hntr barang, pas2 jd driver amek anak bos balik sekolah temasuk kekadang jd driver bini bos jugak, dan kadang2 lagi jd driver bwk bdk acc p bank..dan kadang2 jugak lagi sekali aku jd driver kpd sesiapa saja yg perlukan khidmat driver kat ofis ni(eeehhhhh berapa bnyk punya kadang2 laaa?) keje2 sales pun aku penah wat jugak dan yg paling best aku bnyk buat kerja2 engineering.. masa wat keje2 engineering ni la aku bnyk bergaul dgn client yg akhirnya jd kwn. org telekom, astro, tentera, rtb, maybank, pjc dll. aku ni sbnrnya cukup susah nk bergaul dgn org, bkn sbb apa aku ni jenis yg x pandai nk berbual, mmg xreti nk besembang2. slalunya bnyk yg org ckp sepatah 2 je yg aku jwb. aku sbnrnya mcm x percaya je tp tu la hakikatnya. 2 contoh project yg bleh gak la aku rasa puas ati wat keje2 engineering dgn jayanya; 1. digital radio for RTB(Radio Television Brunei),2. Full Color Video Board for Perbadanan Putrajaya. mcm xpercaya je orang animation yg wat keje mcm tu.. tp ye la bkn aku wat sorang.. as a team la. 4 orang je team aku. tp project FCVB utk Perbadanan Putrajaya tu bnyk aku wat sorang, xbnyk libatkn org lain kat company aku ni sampaikan meeting dgn pengarah korporat PJC pun aku jugak yg kna p padahal tu keje project manager (ni sbb project manager tu x puas ati dgn aku walaupun dlm team yg sama, company yg sama pulak tu. so dia pun wat la rencana dia, nk kenakn aku tp alhamdulillah akhirnya kebenaran tu allah tunjuk jugak. dia yg berenti keje, aku relax je..haaa haaa haaa,padan muka kau pokemon. busuk punya orang) tmbhn bila dh last phase sub-contractor de mslh aku lak yg wat keje sub-con. dlm kepala otak aku time tu belasah je la, yg penting aku wat keje spt apa yg disuruh oleh majikan lgpun aku suka je explore. sekurang2nya aku xpyh nk p universiti nk bljr semua tu, xde nk kna kluar blanja besa nk belajar sbb aku berpeluang bekerja sambil belajar, aku berpeluang utk explore sesuatu yg sebelum ni aku lngsng xberpeluang nk explore dan lagi mmg x tahu pun pasal engineering. sungguhpun kebanyakan keje yg aku wat xde kena mengena lngsng dgn multimedia tp xpe aku xkesah sbb kebanyakan kerja2 yg aku kna buat tu aku rasa enjoy.. tu yg penting dlm kerja, ada kepuasan. bila kita buat kerja dgn gembira yg susah pun boleh jd mudah, sbb kita dpt beri perhatian boleh berfikir dgn waras dan tenang. aku punya jawatan sbnrnya multimedia exec tp bila bab keje mcm2 yg aku kna buat. kadang2 rasa malu bila kwn2 tanya aku keje kat sini sebagai apa.. malu nk ckp jwtn aku multimedia exec dkt diaorang.. bkn apa nma je multimedia exec tp pd hakikatnya cuma 1/100 je keje2 multimedia yg aku buat. pernah 1 hari tu masa aku 1st day dlm kelas English for ICT, sesi suai kenalkn diri. lecturer tanya aku keje apa, aku ckp la aku multimedia exec.. dia x percaya wa ckp sama luu.. apa la. aku ckp yg btl pun org xnk percaya. aku tipu korang percaya pulak.. x paham betul aku.. so end of d story, aku nk pesan kat korang bila dpt peluang utk belajar, bila disuruh buat kerja yg sebelum ni korang mmg xpernah buat, xtahu nk buat korang jgn terus melenting, nk tension2, give-up tanpa berusaha sampaikn nk berenti keje sebagainya... jgn mcm tu, sbnrnya korang dh dpt peluang keemasan utk majukn diri, setidak2nya dari xtahu apa2 lngsng korang tahu la jugak akhirnya pasal kerja tu. kn dh dpt ilmu yg berguna tu. korang pun mula mencari kaedah mcmmana nk buat, mcmmana nk selesaikn mslh.. sbnrnya semua bergantung pd diri kita sendiri, kalu kita terima kerja tu sebagai 1 pelajaran, sebagai 1 cabaran, insa'allah kita akan belajar, usaha mencari kaedah walaupun secara terpaksa dan akhirnya kita akan wat keje tu dgn gembiranya. ingt senang ke nk dpt peluang nk belajar, free pulak tu yg mana akhirnya ilmu dan pengalaman yg kita dpt tu bleh digunakan utk selamanya.. siap bleh jdkn aset utk demand bila nk cari keje yg lebih bgus.. pk2 kn la.. kita xkn maju selagimana kita sendiri xnk majukn diri... itu la hakikatnya. duk mcm tu je la sampai bila2 pun. org dh ke bulan kita pulak masih lagi atas katil duk berangan.. jgn jd mcm kesah mat jenin.. lu pk la sendiri bak kata nabil.... asyik2 nabil jugak yg aku sebut.. nth hape2 nth.. suuudaaahhh laaa. caw.

melayu ooohhh melayu

salam semua.. selamat berhari jumaat, penghulu segala hari. sempena hari jumaat ni aku nk ajak korang muhasabah diri, menilai balik sikap kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan sebagai BANGSA MELAYU khususnya. aku sebenarnya pelik bercampur hairan kenapa dizaman sekarang ni masih ramai lagi Melayu yg masih xnk sedar diri, masih duk nk goyang kaki, lngsng xnk majukn diri.. padahal dh terang2 kita(orang Melayu) ketinggalan jauh kebelakang nth dimana dr bangsa2 lain terutamanya Cina mahupun India. korang x risau ke tngok anak bangsa korang nanti hidup merempat ditanah air sendiri? kalu korang x risau, 1 hari nanti kalu bukan korang sendiri keturunan korang yg akan menghadapinya disebabkan oleh kesilapan yg korang sendiri buat.. sikap x kesah, sikap amek mudah.. BENCI BETUL AKU NK CKP PSL NI.. TP AKU LAGI BENCI TNGOK MELAYU "BANGSAT", YG NK HIDUP SENANG TAPI XNK USAHA. YG DIA TAU MENGAMPU, KIPAS.. TU JE LA. SEMUANYA NK AMEK KESEMPATAN KEATAS ORANG LAIN. HIDUP MCM DEDALU. korang tau ke dedalu tu apa? lu pikir la sendiri bak kata nabil... aku berckp berlandaskn apa yg aku lihat, apa yg aku jumpa setiap hari. x pyh tngok jauh2, ni dpn mata aku ni, kat ofis ni.. aku dikelilingi oleh perempuan Melayu semuanya. tp xde sorang pun yg betul2 bekerja sbb nk majukn diri, sbb dh terima amanah dan yg paling penting kerana lillahhita'aala.. xde..zero.. yg hairan asyik sibuk dgn kem sasiah, bina insan la, bina ini la bina itu la. semuanya konon belaka.. sikap seniri pun teruk lagi nk bimbing anak orang. mmg malang la anak sapa yg mak bapak dia hntr ikuti kursus anjuran diaorang ni.. "CERAH LA MASA DEPAN KORANG.. CERAH SNGT2.!!!" bkn nk mengata, bkn nk mengumpat cuma aku lebih suka menyatakan apa yg benar walaupun ianya pahit. DIMANA SILAPNYA? setelah dipikirkn kata2 mak aku; "bongkok sendiri, mana boleh betulkn sendiri". sama jugak mcm doctor yg sakit mana ada dia ubatkn sendiri, doctor lain jugak yg ubatkn dia.. lebih kurang mcm tu la. mungkin ada btlnya disitu utk kes td tu. dh tesasar pulak dr topik asal.. ok back to d story, dpendekkn cerita aku nk tanya korang la..

setiap hari, korang sampai je ofis apa yg korang buat dulu?
1. terus buat kerja
2. duduk2 dulu (nk cari mood la konon)
3. belek2 surat khabar ke sambil sembang2 dulu
4. xpun yg lagi best p masak dulu utk sarapan pagi(jgn main2 siap bleh msk kat ofis, tapi aku xheran sbb kat ofis aku mcm tu.. kedai mkn jauh la katakn..
5. ataupun check personal email dulu, surf internet utk hal2 yg xde kena mengena dgn kerja
6. x pun talipon smua org, sedara mara, kawan2 guna talipon ofis yg lngsng xde kena mengena dgn kerja

pilih la mana 1, tp jgn tipu.. cuba la jd manusia yg jujur walaupun korang tu sebenarnya seorang penipu. eeeeehhhhhhhh...
malas dh nk taip panjang2... lain kali pulak.. caw cin caw

Friday, January 2, 2009

mereka yg diambang kepupusan

apakah benar skrng ni cukup susah nk cari manusia yg bergelar "insan"? dh pupus ke golongan ni? adakah benar zaman skrng ni kalu x menipu, kalu x mengampu, x pijak kepala org kita x boleh nk survive dlm hidup hari ni? sedar ataupun tidak dlm kehidupan seharian kita, kebanyakan dari kita menipu utk meneruskn kehidupan. x dinafikan semua org nk hidup senang, nk hidup selesa, aman dll tp kenapa agaknya kita memilih cara pintas yg x btl? kenapa agaknya? konsep ayat "pandai2 la nk hidup" dh jd 1 konsep yg mmg diterima pakai utk menipu.. dh sinonim pun. kita lngsng xde rasa malu apatah lagi rasa bersalah bila mana asyik mengamalknnya. sebagai contoh bayangkn diri korang dlm situasi (dialog) kat bwh ni;

Bos : "R, dokumen tender part a yg saya suruh awak taip tu dh siap ke belum?"

R : R yg terpinga2 secara spontan trus mjwb "ada sikit lagi bos tengah taip." padahal baru 5 out of 45 pages. dh 3 minggu dh kerja tu tertangguh sbb "honeymoon" bos outstation. dtg ofis sekadar dtg je utk mbuang masa bkn dtg utk buat kerja.. bos xde, nk buat kerja buat apa, enjoy la. kerja kemudian boleh buat.

aku percaya semua dr kita pernah buat mcm tu kn walaupun hanya sekali. tipu la kalu korang kata x pernah buat. sbb apa aku kata mcm tu? sbb konsep "pandai2 la nk hidup" mmg dh jd lumrah kehidupan skrng ni. manada orang suka kena marah, aku x suka... korang suka ke kena marah? kalu korang suka kena marah mmg ada yg x kena la dgn saraf2 dlm kepala otak korang tu. baik la p check. jd utk slmt, mesti korang akan bg jwpn yg logic, yg boleh korang manipulasikn lg utk slmtkn diri dr kena mrh. betul x? hangguk pun.. bgus3x.. mcm situasi yg aku bg contoh diatas td. korang cukup bodoh lagi bangang kalu bg jwpn "sebenarnya bos,baru siap 5 pages." cukup bodoh lagi bangang pada pandangan syaitan nirrojim. kalu korang berani bg jwpn mcm tu aku tabik springg.. korang la antara manusia yg dh semakin pupus tu. susah dh nk jumpa zaman skrng ni. "Berani kerana benar, takut kerana salah."

Monday, December 22, 2008

manusia hipokrit

setiap hari aku duk tngok perangai manusia yg hipokrit kat ofis ni.. itu perkara biasa org kata, kalu nk hidup senang dgn cara mudah tu la slh 1 caranya. jd "pelakon". bkn pelakon kat tv tu mahupun kat wayang tp ni pelakon dipentas dunia yg skopnya lebih besar dr drama, cerekarama, mahupun filem. aku panggil golongan ni dgn gelaran "sesumpah". sbb apa? mesti korang boleh teka sendiri la knapa aku bg gelaran tu.. bg yg x tau meh aku terangkn skit, sesumpah kalu korang tngok btl2 dia bleh tukar color badan dia mngikut persekitaran. sekejap hijau, sekejap kuning, sekejap coklat dll lg la. sama la jugak org2 kat ofis ni.. aku heran la kenapa nk jd mcm sesumpah, padahal allah dh bg kepala otak akal fikiran suruh guna utk bezakn mana yg baik mana yg buruk. tmpt aku keje ni bkn besa manapun pekerja dia, bleh kira dgn jari je termasuk bos. sepuluh (10) org je semuanya.semua melayu pulak tu dan kalu dh melayu tu automatik mesti sinonim agama islam.. memalukan org2 islam yg lain je. mmg btl la kata Tun Dr Mahathir "melayu mudah lupa". bila tngok cara berpakaian, org xkn sangka golongan ni "sesumpah". aku bkn nk cerita keaiban org, jauh sekali nk memalukn diaorg cuma aku dh xbleh nk thn apa yg aku rasa. mudah2n sedikit sebanyak apa yg aku cerita, apa yg aku luahkn dpt menasihati diri aku sendiri, diri korang semua yg nk amek iktibar supaya jgn la tergolong dlm golongan ni. "Jadi la manusia yg ada prinsip hidup, yg berani hadapi masalah bkn jd sesumpah".
aku nk tegur mslh pd aku nanti, diaorg ramai, aku sorang. bos lak "dh sayang lebih" kat diaorg ni. apa yg diaorg buat semuanya betul, xde yg xbtl tp 1 hari nanti aku nk tegur jugak, aku nk sebut jugak time staff meeting. setidak2nya aku nk tunaikn tanggungjwb aku sebagai umat islam so nanti aku lps la "kat sana". aku akui aku pun bukannya baik, cuma aku x ikut rasmi sesumpah mcm yg lain, aku ikut rasmi manusia. aku kalu nk balik time keje waktu bos ada pun aku balik wat x reti je. bia la dia nk bising ke nk marah ke apa. peduli apa aku. bkn nk tunjuk keras kepala, xde disiplin ke apa tp nk tunjuk mcm tu la staff dia yg sebenarnya. manada org suka kena marah, korang suka? aku x suka tp aku lebih sanggup kena marah dr aku jd sesumpah jugak. aku paling benci org yg bermuka2 ni, mcm lalang melentok ke kanan melentok ke kiri. xde prinsip, xde pendirian. dpn ckp lain blkng ckp lain. dgn org ni mcm ni, dgn org tu mcm lain pulak.
so, memandangkn dh xlama mana nk tahun baru, Muharram 1430 mahupun tahun baru masihi jugak 2009, sama2 la kita muhasabah diri tngok balik, renung dalam2 apa yg patut kita perbaiki bersessuaian dgn sabda rasullullah s.a.w yg bermaksud "jadikanlh hari ini lebih baik dr semalam dan besok lebih baik dari hari ini". wallahhua'lam.

Tuesday, December 16, 2008

10 cara untuk hidup bergaya tapi papa kedana

1. Bayar semua bil selepas dapat gaji kecuali "bayar diri sendiri"

Korang bayar bil handphone, eletrik, air, internet, astro, sewa rumah, installment kereta tetapi korang lupa untuk "bayar diri korang sendiri".(meyimpan la maksudnya.) Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja.

Kereta mesti new brand. 9 tahun hutang, minima downpayment. Utk lebih hebat lagi ganti sport rim, tukar tyr, tmbh spoiler, pasang skirting, stereo system, tukar radio, tintedkn cermin, ganti ekzos vrooom vrooom, cat baru merelit merelap, tukar stereng sport dan pendek kata semua yg ada dijual di kedai korang ada. seterusnya buat baik dgn tauke kedai spare part, senang nk tau bila brng latest sampai. Baru pakai setahun dua ganti dgn yg baru lagi. Bagus bagus.... Cerah masa depan.

3. Pakai kredit kad

Mudah dan senang korang nk berbelanja. sesak2 hujung bulan swipe saja, bayar minimum payment yg diminta oleh bank aje. "Sayang nk mkn kat restoran mana hari ni? Abang belanja."

4. Jadi ahli gymnasium

Mohon keahlian gymnasium yg dekat dgn tmpt kerja korang. mudah nk bersenam bila balik kerja. perut pun mcm dh boroi, apa kelas berjogging kat tmn2 awam yg free. bulan pertama pergi setiap hari, bulan seterusnya dh tak sempat nk pegi sbb bnyk kerja kat ofis

5. Holiday setiap bulan

Jadi member dimana2 pusat peranginan. Luar negara lagi ok. penat kerja kena realese tension selalu. kad kredit kan ada,apa nk risau. setakat nk bermalam 3 4 hari kat hotel 4-5 bintang no hal la. perbelanjaan holiday lebih penting dr menyertai mana2 kelas pelaburan dan kewangan yg ada dipasaran

6. Up to date with the latesat fashion, gadget

Korang MESTI amek tahu selalu fesyen terbaru dipasaran. rambut, baju, seluar, perfume, kasut dll. Gaya hidup mesti moden, metroseksual. selain fesyen kna beli mp3 player terbaru, handphone mesti yg terbaru seharusnya yg tercanggih siap dgn kamera dll lagi. walaupun handphone riban2 tetapi setakat guna sms je almaklum la call mahal.. ceehhh,podahcit. tapi takpe,yg penting stylo..update jangan x update!!!!

7. Apply personal loan

Korang xcukup duit nk bebelanja? maklum la maintenance tinggi. jgn bimbang, fast loan cepat dan mudah, berapa nk? 5k, 10k, 15k smua xjd masalah. nk 20k pun boleh, no problemo. mcm2 gadget nk kna beli, hobi pun kna guna duit yg bnyk. photograhpy kna guna kamera DSLR for professional. kereta mesti yg paling terbaru dipasaran, modify sampai jadi paling sporty. barang2 dlm rumah mesti paling up to date, pakaian mesti fashionable.. branded le mana main yg xde cap ni. Bonus ujung tahun bakal dapat, nanti bayar la balik loan tu bila dh dapat bonus

8. Apply kad kredit baru

Gaji dh naik, promotion pun dh dpt, 1 kad kredit je mna cukup.. bnyk benda nk dibeli. apa lagi!! apply la kad kredit baru dr bank lain pulak. lagi bnyk lagi bagus. mintak la semaksima mungkin kredit limit. "baru best shoping, mcm2 bleh beli ooooo.. Beli jgn x beli, sila2 jgn malu2.. tambah lagi tambah.."

9. Say no to part time business & learning more about saving and investment

"u nk i jual kueh raya ni? u nii.... jatuh standard i. kwn2 i smuanya VVIP, VIP, Dato, Datin."

"apa susah2 nk bljr pasal investment ni, agent kan ada. call je. property agent i kata harga rumah xkn turun, lgpun i dh buat regular savings dlm unit trust. diversify, diversify, diversify dia kata. broker i pun slalu recommend the hottest stock in the town."

10. Gosip & glamour

"wow, Datuk K ada scandal dgn artis lain la. mana website yg u baca tu? majalah hiburan apa yg u beli?"

"eeeeerrrrr.... Warren Buffet tu siapa, artis negara mana?"


Monday, December 1, 2008

Azam oooohhh azam...

Hari ni tanggal 1 Disember 2008..Maknanya lagi 30 hari kita akan sambut tahun baru 2009..Tahun yg semakin mencabar,menurut gabenor Bank Negara krisis ekonomi dan inflasi akan mula dirasai oleh kita rakyat Malaysia tahun depan..Maknanya betambah mencabar la lg.Jd apa persediaan kita?
Aku sebenarnya nk cerita pasal azam bkn pasal ekonomi..tp ada kena mengena jugak la dgn ekonomi..pasti semua drpd kita nk hidup senang,xnk dihimpit ataupun dibelenggu mslh kewangan.tp bkn semua drpd kita yg mampu mengatasi mslh tu kn,jd dimana silapnya?
Sedar x sedar ianya bermula dgn azam...dgn keazaman yg kuat diiringi oleh usaha baru la kita bleh mencari jln utk atasi mslh tu ditambah pulak dgn tawakal insa'allah apa yg kita usahakn pasti membuahkn kejayaan. .Tp kalau apa yg diusahakn tu xkesampaian tu cerita lain la pulak..
Ok skrng baru nk masuk intipati,td mukadimah je..Apa azam korang tahun ni yg masih belum sattle,yg masih tertangguh lagi?Ada ke?Kalu xde bgus la tp kalu ada agak2nya bila korang nk sattlekn azam tu?Aku punya azam tahun ni pun ada yg masih x dapat aku capai.Aku punya azam yg xtercapai tu ada kena mengena dgn ekonomi sbb tu la td dlm mukadimah ada kena mengena dgn ekonomi..Awal tahun hari tu aku berazam nk ubah hidup aku dr makan gaji ke bekerja sendiri..Aku nk jd usahawan,2 bidang yg memang aku dh nmpk ada ruang utk berjaya iaitu sbagai trader frozenfood dan jugak usahawan tani.Bnyk info2 yg aku dh kumpul pasal nk jd usahawan tani,pasal frozenfood,pasal cendawan,pasal serai,pasal ikan,rusa,kambing,mcm2 lagi la.Sampaikn katak pun termasuk dlm list jugak.Tp setakat ni cuma 5 je yg termampu aku usahakan sebagai langkah pertama..baru duk berjinak2 masih dlm kajian lagi..masih dlm peringkat experimen org kata.paling kurang ada jugak la dr xde lngsng..aku xnk azam tinggal azam je paling kurang aku tahu bukan mudah nk "main" dgn ikan kalu xde ilmu,kalu xde tmpt rujukan..nk pandai2 sendiri je bkn x bleh berjaya,bleh je tapi masa utk berjaya tu lmbt la berbanding dgn kaedah merujuk kpd yg dh berjaya.zaman skrng ni bangsa melayu dh xbleh nk berjalan lg dh kalu nk berjaya kna berlari, kna naik kereta,kna gunakan semua kemudahan yg ada,kna rebut semua peluang,kena cari pelbagai alternatif baru bleh nk berjaya.alhmdulillh aku dh jumpa org yg bleh aku rujuk,kongsi sama mslh,pengalaman dll lg la.aku mmg minat gila dgn aquaculture ni.kalu tngok ikan yg duk berenang dlm aquarium tu rasa tenang je hati,fikiran..cukup mengasyikkn.sbb tu la aku amek keputusan nk terjun dlm bidang ni,tp xde la main terjun je.kang lemas lak,x psl2 mati katak.jd sebelum terjun kna la ada persediaan paling kurang pelampung ke,life jacket ke,jd ada la tempat nk berpaut.xde la nanti lemas trus walaupun dipukul gelombang dan badai.."eeeemmmmm...korang fhm ke pe yg tersirat tu?"kalu x phm buat2 phm udah la ye.
Dr sehari ke sehari aku duk perhatikan pembesaran ikan yg aku dh mula bela sejak beberapa bulan dulu.dr situ aku bljr sbnrnya bukan mudah nk mjd usahawan aquaculture ni..tngok dlm tv nmpk senang je,bila aku buat baru aku tau susah dia..yg diaorg duk tunjuk tu apa yg dh berjaya,proses nk berjaya tu bkn dia nk tunjuk pun kalu dia tunjuk jugak duk tunjuk mana yg positif je,yg negatif lngsng xde.hammpeehhh..mcm kata mentor aku la "kalau senang dh lama semua org duk bela ikan jugak".
Korang nk tau ikan apa yg aku bela?nma cina dia soon hock,nma melayu dia ketutu,haruan bodoh,ikan hantu,nma org putih dia marble goby.ikan ni yg aku nk usahakan 1 hari nanti.xbnyk usahawan melayu yg bela ikan ni sbb bnyk faktor antaranya ikan ni lmbt nk besa.mkn tahun oooo,tp kalu kena cara dgn kaedah, masa tu bleh la disingkatkn lagi.aku jugak ada try ternak belut,try nk biakkn..dh 1 thn lebih aku ternak tp belum menunjukkn apa2 hasil lg,xde nmpak pun anak2 dia..korang tau x yg belut bleh bertukar jantina?1 lg kebesar dan keunikan ciptaan tuhan..apa korang ingat manusia je ke bleh tukar jantina,belut pun boleh jugak la.ikan laga half moon pun aku try ternak.aku dh berjaya kawinkn dia,sampai telor2 dia menetas.tp akhirnya mati sbb aku kurang bg perhatian..anak2 dia kna mkn dgn bapak dia sendiri.

ni la Half moon betta
sama jugak dgn kes crayfish..korang tau ke crayfish tu menatang apa?kalu korang translete ke bahasa melayu ikan kray la kn..mesti dlm kepala otak korang tabayangkn ikan kn?btulkn?hangguk pun..mmg aku dh agak.tp yg sebenarnya crayfish bukanlah spisis ikan tp temasuk dlm keluarga udang.ada org panggil lobster air tawar.lobster ni cukup popular kat Australia,US tp kat Malaysia xde market sbagai slh 1 mknn..kat Malaysia crayfish dijual sebagai haiwan peliharaan,dijual dikedai2 ikan hiasan.
tu la antara 4 spesis aqua yg aku dh try ternak..aku jugak ada ternak arnab.aku try cari spesis Angora tp x dpt.aku bela Lionhead je,dh itu je yg aku jumpa.beli 2 ekor anak,skrng dh jd 4 ekor.dh besa2 belaka.arnab mmg senang gila nk ternak,lgpun aku mmg dh ada pengalaman bela arnab masa aku sekolah dulu.jd xde mslh.kesemua binatang yg aku bela ada berkaitan antara 1 sama lain.arnab aku bela sbb aku jugak nk buat cacing kompos.anak arnab bleh jual kat kdai pets,sisa2 dia lak aku bg kat cacing kompos.cacing kompos akan huraikn najis2 arnab ni kpd baja kompos.baja ni pulak aku bleh jual,aku bleh guna sendiri utk tanaman aku jugak.baja yg bebas dr bhn kimia,sngt bgus dan selamat utk tanaman2,sayuran jugak.xde kesan sampingan kpd manusia.
Jd itu la azam aku yg masih belum tercapai lg..1 hari nanti aku tetap akan berhenti kerja mkn gaji..aku nk jd bos pulak.aku la kuli,aku la bos.Aku la usahawan tani..Amiin..tlg la sama2 doakn kejayaan aku ye.