Tuesday, December 16, 2008

10 cara untuk hidup bergaya tapi papa kedana

1. Bayar semua bil selepas dapat gaji kecuali "bayar diri sendiri"

Korang bayar bil handphone, eletrik, air, internet, astro, sewa rumah, installment kereta tetapi korang lupa untuk "bayar diri korang sendiri".(meyimpan la maksudnya.) Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja.

Kereta mesti new brand. 9 tahun hutang, minima downpayment. Utk lebih hebat lagi ganti sport rim, tukar tyr, tmbh spoiler, pasang skirting, stereo system, tukar radio, tintedkn cermin, ganti ekzos vrooom vrooom, cat baru merelit merelap, tukar stereng sport dan pendek kata semua yg ada dijual di kedai korang ada. seterusnya buat baik dgn tauke kedai spare part, senang nk tau bila brng latest sampai. Baru pakai setahun dua ganti dgn yg baru lagi. Bagus bagus.... Cerah masa depan.

3. Pakai kredit kad

Mudah dan senang korang nk berbelanja. sesak2 hujung bulan swipe saja, bayar minimum payment yg diminta oleh bank aje. "Sayang nk mkn kat restoran mana hari ni? Abang belanja."

4. Jadi ahli gymnasium

Mohon keahlian gymnasium yg dekat dgn tmpt kerja korang. mudah nk bersenam bila balik kerja. perut pun mcm dh boroi, apa kelas berjogging kat tmn2 awam yg free. bulan pertama pergi setiap hari, bulan seterusnya dh tak sempat nk pegi sbb bnyk kerja kat ofis

5. Holiday setiap bulan

Jadi member dimana2 pusat peranginan. Luar negara lagi ok. penat kerja kena realese tension selalu. kad kredit kan ada,apa nk risau. setakat nk bermalam 3 4 hari kat hotel 4-5 bintang no hal la. perbelanjaan holiday lebih penting dr menyertai mana2 kelas pelaburan dan kewangan yg ada dipasaran

6. Up to date with the latesat fashion, gadget

Korang MESTI amek tahu selalu fesyen terbaru dipasaran. rambut, baju, seluar, perfume, kasut dll. Gaya hidup mesti moden, metroseksual. selain fesyen kna beli mp3 player terbaru, handphone mesti yg terbaru seharusnya yg tercanggih siap dgn kamera dll lagi. walaupun handphone riban2 tetapi setakat guna sms je almaklum la call mahal.. ceehhh,podahcit. tapi takpe,yg penting stylo..update jangan x update!!!!

7. Apply personal loan

Korang xcukup duit nk bebelanja? maklum la maintenance tinggi. jgn bimbang, fast loan cepat dan mudah, berapa nk? 5k, 10k, 15k smua xjd masalah. nk 20k pun boleh, no problemo. mcm2 gadget nk kna beli, hobi pun kna guna duit yg bnyk. photograhpy kna guna kamera DSLR for professional. kereta mesti yg paling terbaru dipasaran, modify sampai jadi paling sporty. barang2 dlm rumah mesti paling up to date, pakaian mesti fashionable.. branded le mana main yg xde cap ni. Bonus ujung tahun bakal dapat, nanti bayar la balik loan tu bila dh dapat bonus

8. Apply kad kredit baru

Gaji dh naik, promotion pun dh dpt, 1 kad kredit je mna cukup.. bnyk benda nk dibeli. apa lagi!! apply la kad kredit baru dr bank lain pulak. lagi bnyk lagi bagus. mintak la semaksima mungkin kredit limit. "baru best shoping, mcm2 bleh beli ooooo.. Beli jgn x beli, sila2 jgn malu2.. tambah lagi tambah.."

9. Say no to part time business & learning more about saving and investment

"u nk i jual kueh raya ni? u nii.... jatuh standard i. kwn2 i smuanya VVIP, VIP, Dato, Datin."

"apa susah2 nk bljr pasal investment ni, agent kan ada. call je. property agent i kata harga rumah xkn turun, lgpun i dh buat regular savings dlm unit trust. diversify, diversify, diversify dia kata. broker i pun slalu recommend the hottest stock in the town."

10. Gosip & glamour

"wow, Datuk K ada scandal dgn artis lain la. mana website yg u baca tu? majalah hiburan apa yg u beli?"

"eeeeerrrrr.... Warren Buffet tu siapa, artis negara mana?"


No comments:

Post a Comment